Thursday, 19 March 2020

Pengalaman penggunaan AXP Audit Express

Assalamualaikum w.b.t,

Tujuan saya menulis blog berkaitan penggunaan AXP Audit Express adalah untuk berkongsi kemahiran dan ilmu yang saya perolehi selama setahun setengah dalam bidang audit yang mana saya bermula dengan bidang audit dengan mengaplikasikan AXP audit Express untuk menghasilkan 'working paper' dan 'audit report'. 

AXP Audit Express bukan lah asing bagi saya kerana sebelum saya mengaplikasikan software tersebut saya telah mengikuti bengkel asas AXP Audit Express di Universiti saya iaitu di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dengan dikenakan bayaran tak silap saya dalam RM200 +/- selama 2 hari. Program tersebut sangat bagus untuk kebolehpasaran pelajar bergraduat untuk memohon berkerja, ianya sangat membantu. Terima kasih kepada pihak universiti atas insiatif tersebut terutamanya kepada pensyarah-pensyarah perakaunan UMT.

Selepas tamat menjalani praktikal, keesokkannya terus memohon kerja di kerja di firma audit yang lain dan saya diterima untuk bekerja disitu sebagai audit assistant. Perasaan ingin mencuba dalam bidang audit tercapai juga, kerana sepanjang menjalani praktikal hanya berpeluang untuk buat full set audit untuk satu company je, tak sempat boss review kerja saya,,praktikal saya dah habis sebab saya  tertumpu kepada penyediaan penyata kewangan syarikat dan enterprise. Bidang auditpulak banyak mengikut senior pergi audit field dan vouching ( cari dokumen) sahaja, kalau buat working paper pun, hanya satu bahagian je, tapi boleh tahan jugak la sebab kena sediakan laporan beraudit untuk PBT, standard dia berbeza dengan syarikat, PBT guna standard MPSAS, syarikat pulak guna standard MPERS, memang lainlah treatment dia.

Hari pertama di tempat baru saya diberikan kes company dormant. Bila saya tengok working paper & indeks dia memang berbeza dengan tempat praktikal tapi working paper dia lagi teratur la & mudah faham berbanding dengan tempat praktikal. Selepas seminggu saya diminta oleh senior saya selaku team leader untuk duduk dibawah beliau, sebab dia tengok dengan resume saya ada AXP,, terus ditarik masuk dalam group dia. Kebetulan mereka baru je menjalani latihan penggunaan AXP tapi tak mengaplikasikan lagi sebab peak period. Jadinya senior saya minta saya guna AXP. So bermulalah saya dengan AXP, tak sempat pun nak belajar cara mereka buat working paper macam mana. hehehe..working paper pun saya guna  yang AXP sediakan. Seriously, banyak yang saya keliru & tak tahu apa yang dia nak,,pening jugak lah, sampai saya terkena kes yang besar jugak la sebab banyak item dengan  trial balance, saya mintak untuk guna working paper last year je tapi still guna AXP untuk hasilkan report.

Agak stress jugaklah, sebab kena explore sendiri sebab tak ada staff lagi yang guna AXP tu, sebab waktu dekat Universiti dulu pun cuma belajar asas je, tapi saya ambik cabaran dari senior saya cuma sedikit lambat la dari staff lain, sebab apa-apa yang berlaku pandai-pandai la cari penyelesaian sendiri. so try & error je la sampai jumpa penyelesaian..Interesting tapi nak meet dateline tu memang susah jugak la mulanya & kena banyak buat overtime. Sebab bila baru nak guna system ni memang daripada A sampai Z la kena sediakan, itu yang penat sebenarnya, kadang kala down sampai nak depress dibuatnya.

Tertunggu jugak management untuk mintak semua staff guna, tapi tak kesampaian dan memaksa diri saya untuk cari audit firm yang menggunakan AXP, supaya saya tidak keseorangan untuk buat experimen try & error ni. hehehe.kalau ada geng, tak ada la rasa salah je apa yang kita buat, sekurang-kurangnya proses belajar tu lagi cepat la sebab berkongsi apa yang geng kita jumpa. Satu cabaran yang agak besar jugak la dalam bidang audit untuk cari penyelesaian sendiri, lepastu nak penuhi apa yang mereka nak lagi. 

Selepas seminggu apply kerja baru, saya dipanggil untuk ditemuduga dan saya diterima bekerja di Kuala Lumpur. Tapi audit firm dekat KL ni pun baru nak guna jugak, tepuk dahi terus.hahaha. tapi tak la rasa sangat sebab dah banyak try & error, tapi still try & error la. Tapi yang bagusnya dekat KL ni bila dah ada staff yang guna terus boss minta semua staff guna. Jadi tak ada la stress sangat, sebab semua kena guna & yes proses belajar jadi cepat, sangat cepat seperti yang disangkakan. 

Bila berpindah audit firm dekat KL, sekali lagi working paper & presentation audit report berubah ke 360 darjah. so kesimpulannya, setiap audit firm ada SOP mereka sendiri, cuma tujuan dia je sama. Dari try & error selama setahun lebih ni membuatkan saya rasa apa yang buat tu tiada dalam manual AXP. hahah. Saya buat ikut cara saya sendiri je sebab lagi mudah ataupun mungkin pihak AXP ada jugak cara tu tapi training yang disediakan tak sampai lagi ke bahagian tersebut. 

Penghargaan kepada senior saya di Kuantan Kak Una yang mencabar saya untuk teroka AXP lebih mendalam sangat dihargai, kata-kata nasihat kak una sangat membantu saya apabila melangkah keluar. walaupun ianya banyak memakan diri sendiri tapi disebalik apa yang berlaku banyak positifnya daripada negatif. Terima kasih kak una sebab menjadi team leader yang terbaik buat kami, jasamu akan dikenang sampai bila-bila.