Sunday, 28 April 2013

PBS pengajian am 2013 :persepsi pelajar tingkatan 4 terhadap kantin sekolah


1.0              Pengenalan

Saya telah menjalankan kajian satu projek berasaskan sekolah(PBS).  Terdapat dua tema dalam PBS ini iaitu Ekonomi dan Pengangkutan. Memandangkan pengetahuan sedikit sebanyak dan ruangan masa yang terhad ini, saya memilih tema Ekonomi  yang bertumpukan kepada tajuk “Persepsi Pelajar Tingkatan 4 Terhadap Kantin Sekolah Di SMK Seri Lipis”. Persepsi bermaksud gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran tentang sesuatu atau pandangan (menerusi pancaindera) tanggapan, pelajar bermaksud murid, atau remaja atau seseorang yang masih belajar menuntut ilmu, kantin pula bermaksud tempat makan dan minum di sekolah, pejabat dan lain-lain, manakala sekolah bermaksud tempat untuk mengajar dan belajar, tempat menerima dan memberi pengajaran.  Jadi, Selama empat bulan ini saya akan mencari maklumat dan minta kerjasama daripada pelajar tingkatan 4 serta guru pengajian Am dan rakan-rakan saya untuk menghasilkan PBS ini dengan sebaik mungkin dan selengkapnya.  Dalam kajian saya, kantin sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 2001 sejak sekolah ini dibuka.  Usia kantin sekolah SMK SERI LIPIS ini sudah mececah selama 13 tahun.  Selama 13 tahun ini, sudah 5 orang tender yang mengambil alih dalam memberikan perkhidmatan dan menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelajar.  Setiap perkhidmatan yang ditawarkan dan pelbagai kemudahan yang telah disediakan adalah bertujuan untuk memberi kepuasan maksimum terhadap pelajar dan paling dititikberatkan sekali ialah jaminan kesihatan palajar sentiasa dalam keadaan baik.  Di samping itu, pengusaha juga mementingkan  penyediaan makanan yang mengandungi nutrisi yang cukup dan seimbang supaya pelajar-pelajar dapat menjalankan proses pembelajaran dalam kelas dengan baik.  Selain itu, pihak kantin juga turut memberi perhatian terhadap kemudahan yang disediakan dan perlu ditambah sekiranya keselesaan pelajar tidak dipenuhi semasa menjamu selera.  Pihak kantin akan bertindak dengan segera dalam menambahkan kemudahan yang tiada kepada ada supaya pelajar dapat menjamu selera dengan tenang dan tiada sebarang gangguan.  Dari segi waktu pembukaan kantin ini ialah pada waktu rehat pelajar iaitu  selama 20 minit yang bermula dari pukul 10.20 hingga pukul 10.40.  Selepas waktu tersebut, pelajar tidak dibenarkan membeli kerana waktu pembukaan kantin sekolah ini tertakluk di bawah pentadbiran sekolah.  Seterusnya, bilangan pekerja kantin yang ada sekarang ini seramai 9 orang. Oleh itu, berdasarkan tajuk yang saya pilih itu amatlah sesuai dengan perniagaan ini kerana dapat menjimatkan masa saya dan proses mendapat maklumat juga adalah cepat.


















2.0        Objektif kajian
Objektif  kerja projek  yang saya bina bagi kajian ini ialah pertama, mengenal pasti tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin kepada pelajar.  Bagi mencapai objektif ini, kaedah kajian yang saya gunakan ialah soal selidik iaitu mengedarkan borang soal selidik kepada 30 responden.  Objektif yang kedua ialah mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan di kantin sekolah.  Kaedah yang saya pilih untuk mencapai objektif ini ialah melalui kaedah kajian soal selidik iaitu mengedar borang soal selidik kepada 30 responden dan kaedah temu bual iaitu menemu bual seramai 6 responden pada waktu rehat selama 3 hari.














3.0     Lokasi Kajian
Lokasi kajian yang  telah saya pilih  adalah dalam Negeri Pahang, iaitu daerah Kuala Lipis.  Kawasan kajian yang saya pilih adalah kantin sekolah di Sekolah Menengah Kebanggsaan Seri Lipis(SMK Seri Lipis) iaitu berhampiran dengan Institut Penguruan Tengku Afuan Afzan Kuala Lipis, Pahang.  Dalam pelan lokasi sekolah ,kantinsekolah  terletak di blok F:KAFETARIA de’ AROMA seperti yang ditunjuk oleh petunjuk pelan sekolah.(sila rujuk lampiran pada rajah 2).















4.0     Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan dua jenis kaedah kajian dalam melaksanakan kajian ini iaitu kaedah soal selidik dan kaedah temu bual.  Melalui kaedah soal selidik ini, seramai 30 responden dipilih secara rawak untuk menjawab soalan dalam borang selidik.  Jumlah soalan yang terdapat dalam borang soal selidik ini ialah 14 soalan.  Soalan 1 hingga soalan 8 dibina berdasarkan objektif pertama manakala soalan 9 hingga soalan 14 dibina berdasarkan objektif yang kedua.  Jadi, setiap responden harus memilih satu skala yang telah disediakan pada setiap soalan yang berikut.  Oleh itu, bagi mendapatkan kesahihan maklumat untuk kajian ini, responden harus menjawab dengan jujur dan memberikan kerjasama.  Seterusnya,  kaedah kajian kedua saya ialah kaedah temu bual.  Kaedah ini dilakukan pada waktu rehat selama 3 hari.  Selama 20 minit iaitu waktu rehat pelajar diambil untuk temu bual.  Dalam masa itu, beberapa responden telah dipilih dan menanyakan dengan 3 soalan yang telah dibuat berdasarkan objektif kedua.  Oleh itu, responden akan memberi jawapan berdasarkan dengan pertanyaan yang telah diajukan.











5.0     Dapatan Kajian Dan Perbincangan
Objektif 2 : Mengenal pasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan di kantin sekolah.
       
                             Soalan
                                                         Skala
Sangat memuaskan
Memuaskan
Tidak memuaskan
Sangat tidak memuaskan
    N
  %
    N
  %
    N
   %
    N
   %
1)Saya berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pekerja kantin.
7
23.33
14
46.67
7
23.33
2
6.67
2)Saya berpuas hati terhadap kepelbagaian menu yang disediakan oleh pihak kantin.
1
3.33
16
53.33
9
30
4
13.33
3)Saya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan mengikut kesesuaian jenis makanan
1
3.33
19
63.33
7
23.33
3
10
4)Saya amat berpuas hati dengan saiz hidangan sepinggan yang disediakan untuk pelajar.
1
3.33
17
56.67
8
26.67
4
13.33
5)Saya amat berpuas hati terhadap kebersihan diri setiap pekerja di kantin.
10
33.33
11
36.67
7
23.33
2
6.67
6)Saya amat berpuas hati dengan makanan yang disediakan adalah seimbang.
6
20
12
40
8
26.67
4
13.33
7)Saya amat berpuas hati dengan jumlah nutrisi dalam kandungan makanan yang disediakan adalah mencukupi..
8
26.67
12
40
8
26.67
2
6.67
8)Saya amat berpuas hati dengan cara pengurusan jual beli antara pekerja denagan saya.
3
10
13
43.33
4
13.33
10
33.33
9)Saya berpuas hati dengan suasana persekitaran sekeliling kantin semasa menjamu selera.
10
33.33
10
33.33
7
23.33
3
10
10)Saya berpuas hati terhadap kebersihan kerusi dan meja di kantin ini.
4
13.33
14
46.67
9
30
3
10
11)Saya berpuas hati dengan keselesaan yang disediakan oleh pihak kantin ketika membeli mahupun menjamu selera.
5
16.67
17
56.67
6
20
2
6.67
12)Saya amat berpuas hati menggunakan kemudahan yang disediakan di kantin sekolah.
6
20
13
43.33
9
30
2
6.67
13)Saya berpuas hati dengan ruangan yang disediakan untuk beratur ketika membeli makanan.
6
20
6
23.33
11
36.67
7
23.33
14)Saya amat berpuas hati dengan keceriaan yang sedia ada di kantin sekolah.
6
20
13
43.33
7
23.33
4
13.33
Jumlah
74
246.65
187
626.66
107
356.66
52
173.33
                                                    
Jadual 1:bilangan dan peratus bagi setiap skala soalan
                   Berdasarkan jadual 1, menunjukkan bilangan dan peratusaan bagi setiap skala soalan.Skala yang terdapat dalam jadual tersebut terbahagi kepada 4 iaitu sangat memuaskan, memuaskan, tidak memuaskan dan sangat tidak memuaskan yang telah dipilih oleh setiap responden berdasarkan  di dalam borang soal selidik.Setiap bilangan yang dicatat mengikut kekerapan di dalam 30 helai borang soal selidik.  Oleh itu,  peratusan setiap soalan dicari berdasarkan bilangan kekerapan setiap soalan.  Kesimpulannya, setiap nilai kekerapan dan peratusan  bagi setiap soalan akan dijumlahkan  mengikut setiap skala yang ditetapkan.
                                                                
Rajah 1:Peratus bagi setiap skala soalan
                      Berdasarkan rajah 1. menunjukkan peratus bagi setiap skala soalan yang terdapat dalam borang soal selidik.  Rajah berwarna biru mewakili peratus bagi skala sangat memuaskan iaitu sebanyak 18% manakala berwarna merah mewakili bagi skala memuaskan.  Seterusnya berwarna hijau mewakili bagi skala tidak memuaskan sebanyak 25% dan selebihnya berwarna ungu itu mewakili bagi skala sangat tidak memuaskan. Ini menunjukkan bahawa pelajar SMK Seri Lipis ini memberi persepsi yang memuaskan terhadap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah dan juga terhadap kemudahan yang disediakan.








OBJEKTIF 1:MENGENAL PASTI TAHAP PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN KEPADA PELAJAR OLEH PIHAK KANTIN.

                                                  SOALAN

              SKALA
SM
TM
STM
Saya berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pekeja kantin.
  7
   14
    7
   2

Jadual 2:kepuasan terhadap layanan oleh pekerja kantin
         

             Berdasarkan jadual 2 yang menunjukkan tahap kepuasan layanan yang diberi oleh pekerja kantin kepada pelajar.  Seramai 7 orang pelajar memilih sangat memuaskan dan 14 orang pelajar memilih memuaskan.  Manakala 7 orang pelajar lagi memilih tidak memuaskan serta selebihnya pelajar lagi iaitu seramai 2 orang pelajar memilih sangat tidak memuaskan.

 












Rajah 2: Tahap kepuasan layanan yang diberi oleh pekerja kantin.

                         Berdasarkan rajah 2 menunjukkan graf bagi tahap kepuasan yang diberi oleh pekerja kantin terhadap pelajar.  Tahap kepuasan bagi skala sangat memuaskan ialah sebanyak 7 manakala bagi skala memuaskan lebih tinggi daripada skala lain iaitu sebanyak 14.  Seterusnya tahap kepuasan bagi skala tidak memuaskan ialah 7 iaitu sama dengan skala sangat memuaskan.  Selebihnya ialah skala bagi sangat tidak memuaskan iaitu skala yang paling rendah daripada skala lain dengan tahap kepusannya ialah 2. Ini menunjukkan bahawa pelajar SMK Seri Lipis setuju dengan tahap layanan yang diberikan oleh pekerja kantin pada tahap memuaskan.  Hal ini disebabkan layanan yang mesra dan penuh dengan senyuman yang diberikan oleh pekerja terhadap belajar semasa proses jual beli berlaku menyebabkan sesetengah pelajar SMK Seri Lipis ini tertarik untuk menggunakan perkhidmatan kantin sekolah ini.



                                                  SOALAN

               SKALA
  SM
 M        M
 TM     TM
 STM
Saya amat berpuas hati terhadap kebersihan diri setiap pekerja di kantin.
   10
11
   7
    2

Jadual 3 : Tahap kepuasan terhadap kebersihan diri setiap pekerja di kantin

Berdasarkan jadual 3 yang menunjukkan tahap kepuasan terhadap diri setiap pekerja di kantin.Seramai 10 orang pelajar memilih sangat memuaskan dan 11 orang pelajar memilih memuaskan.  Manakala 7 orang pelajar lagi memilih tidak memuaskan serta selebihnya pelajar lagi iaitu seramai 2 orang pelajar memilih sangat tidak memuaskan.

















Rajah 3: Tahap kepuasan terhadap kebersihan diri pekerja
Berdasarkan rajah 3 menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap kebersihan diri setiap pekerja kantin sekolah. Pada tahap yang ke-10 mewakili skala bagi sangat memuaskan terhadap tahap kebersihan diri pekerja.  Di samping itu, tahap kepuasan terhadap kebersihan diri pekerja yang paling tinggi antara skala lain ialah skala memuaskan.  Pada tahap yang ke-7, skalanya adalah tidak memuaskan manakala skala yang paling rendah iaitu pada tahap yang ke-2 diwakili bagi skala sangat tidak memuaskan. Ini menunjukkan pelajar ini bersetuju dengan kebersihan diri setiap pekerja kantin SMK Seri Lipis ini iaitu berada dalam tahap memuaskan.  Hal ini disebabkan pelajar SMK Seri Lipis ini percaya dengan mereka kerana pelajar dapat melihat dan terbukti setiap kali proses pembelian,pekerja-pekerja memakai apron.  Ini sudah jelas bahawa pekerja kantin sekolah ini sangat mementingkan aspek kebersihan diri dengan menunjukkan pemakaian yang kemas supaya kesihatan pelajar terjamin.




                                                 
SOALAN

                                                       SKALA
SM
 M     M          
 TM
STM
Saya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan mengikut kesesuaian jenis makanan
  1
 19
   7
   3

Jadual 4: Kepuasan terhadap harga yang ditawarkan mengikut jenis makanan
   
               Berdasarkan jadual 4 yang menunjukkan tahap kepuasan terhadap harga yang ditawarkan kepada pelajar  mengikut jenis makanan.  Sorang pelajar memilih sangat memuaskan dan 19 orang pelajar memilih memuaskan.  Manakala 7 orang pelajar lagi memilih tidak memuaskan serta selebihnya pelajar lagi iaitu seramai 3 orang pelajar memilih sangat tidak memuaskan.












Rajah 4:Peratus tahap kepuasan harga mengikut jenis makanan
                Berdasarkan rajah 4 menunjukkan peratus bagi tahap kepuasan yang diberikan oleh pelajar terhadap harga yang ditawarkan mengikut jenis makanan.  Dalam carta diatas, warna biru menunjukkan peratus sebanyak 3% bagi skala sangat memuaskan manakala warna merah mewakili skala bagi memuaskan iaitu sebanyak 64%.  Bagi warna hijau pula, mewakili skala tidak memuaskan mempunyai peratusan sebanyak 23% dan seterusnya warna ungu dengan peratusan sebanyak 10% mewakili bagi skala sangat tidak memuaskan.  Ini menunjukkan bahawa peratus tertinggi dalam skala memuaskan, pelajar setuju dan memuaskan terhadap harga yang ditawarkan oleh pihak kantin mengikut jenis makanan.  Hal ini disebabkan pelajar SMK Seri Lipis ini terdiri daripada golongan kaya dan miskin.  Jadi, keseimbangan harga makanan yang ditetapkan oleh pihak kantin telah dipersetujui oleh pelajar SMK Seri Lipis yang menyebabkan mereka mampu untuk memperoleh mana-mana menu yang disediakan mengikut perubahan selera harian mereka.  Oleh itu, selaras dengan Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), harga ialah nilai sesuatu barang dengan kiraan wang manakala menurut Wikipedia pula, harga dalam konsep ekonomi adalah nilai sesuatu barang atau perkhidmatan dengan kiraan wang. Harga merupakan satu pembolehubah penting dalam teori pembahagian sumber atau teori harga. Selain itu, menurut Basu Swastha (2001), harga didefinisikan sebagai jumlah wang yang diperlukan untuk mendapatkan sejumlah gabungan barang beserta pelayannya.

OBJEKTIF 2:MENGENALPASTI TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KANTIN SEKOLAH.
                                              
                                                          SOALAN

          SKALA
SM
 M        M
TM
STM
Saya berpuas hati dengan ruangan yang disediakan untuk beratur ketika membeli
makanan.
6
6
11
   7

Jadual 5: kepuasan terhadap ruangan yang disediakan untuk beratur ketika membeli makanan
                           
                  Berdasarkan jadual 5 yang menunjukkan tahap kepuasan terhadap ruangan yang disediakan untuk beratur ketika membeli makanan. Seramai 6 orang pelajar telah memilih sangat memuaskan dan  memuaskan.  Manakala 11 orang pelajar lagi memilih tidak memuaskan serta selebihnya pelajar lagi iaitu seramai 7 orang pelajar memilih sangat tidak memuaskan.













                    Rajah 5: Tahap kepuasan terhadap ruangan beratur ketika membeli makanan
                     Berdasarkan rajah 5 menunjukkan tahap kepuasan pelajar terhadap ruangan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah kepada pelajar.  Melihat rajah diatas, skala yang berada pada tahap 70 diwakili oleh skala sangat memuaskan dan skala memuaskan.  Manakala skala yang paling tinggi daipada skala lain ialah skala tidak memuaskan dengan tahap kepuasan 130. Selebihnya ialah skala sangat memuaskan yang berada pada tahap kepuasan sebanyak 90 iaitu skala yang kurang daripada skala tidak memuaskan tetapi lebih daripada skala sangat memuaskan dan memuaskan.  Ini menunjukkan pelajar SMK Seri Lipis ini tidak bersetuju dengan rungan beratur yang disediakan kerana ruangan beratur adalah simpit.  Hal ini boleh menyebabkan berlaku tolak menolak antara pelajar dan boleh menyebabkan pengaduhan sesama pelajar Akibat daripada kekurangan kesabaran oleh segelintir pelajar ketika beratur membeli makanan.




BIL.
FAKTOR
BILANGAN RESPONDEN
1
Tiada sabun basuh tangan
1
2
Kekurangan tong sampah
3
3
Tiada kain lap tangan
1
4
Kekurangan besen letak pinggan
1
5
Lantai kotor
2
6
Meja tidak lap
1
7
Kekurangan meja
1
8
Tiada kipas
2

Jadual 6: Faktor-faktor mempengaruhi ketidakpuasan menggunakan kemudahan di kantin.
Berdasarkan jadual 6, terdapat 8 faktor ketidakpuasan pelajar semasa menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak kantin.  Antaranya faktor yang dikenalpasti melalui kaedah temu bual selama 3 hari iaitu seramai 6 orang pelajar ialah tiada sabun basuh tangan, kekurangan tong sampah, tiada kain lap tangan, kekurangan besen letak pinggan kotor, lantai kotor, meja tidak lap, kekurangan meja dan tiada kipas .  Setiap faktor  ini diperolehi melalui pelajar iaitu tiada sabun basuh tangan  adalah seorang, kekurangan tong sampah adalah 2 orang, tiada kain lap tangan adalah seorang, kekurangan besen letak pinggan kotor adalah 2 orang, meja tidak lap, kekurangan meja dan tiada kipas masing-masing adalah seorang.




Rajah 6: Peratusan bagi faktor-faktor ketidakpuasan penggunaan kemudahan di kantin.
Bedasarkan rajah 6 menunjukkan peratusan bagi setiap faktor yang mempengaruhi ketidakpuasan pelajar semasa menggunakan kemudahan yang disediakan di kantin.  Melalui rajah diatas, warna oren mewakili faktor meja tidak dilap dengan nilai peratus sebanyak 11% manakala faktor yang turut sama nilai peratus dengan faktor meja tidak lap ialah tiada kain lap tangan(hijau) kekurangan besen letak pinggan(ungu) dan tiada sabun basuh tangan(biru tua).  Seterusnya nilai peratus faktor lain yang kerap dikenalpasti oleh pelajar ialah faktor kekurangan tong sampah diwakili oleh warna merah  dengan nilai peratus yang paling tinggi daripada faktor lain iaitu 34%.  Selanjutnya ialah faktor lantai kotor(biru muda) yang mempunyai nilai kedua tertinggi berbanding dengan faktor lain iaitu 22%.  Ini menunjukkan kekurangan tong sampah yang masih kurang bilangannya di sekililing kantin sekolah ini menyukarkan segilintir pelajar yang bersifat prihatin untuk membuang sampah.  Jadi, faktor ini boleh menyebabkan pelajar membuang sampah merata-rata seterusnya boleh menyebabkan keharmonian persekitaran sekolah turut terjejas.


BIL
PENDAPAT/CADANGAN
   BILANGAN          PELAJAR
1
Tukar pengusaha kantin
3
2
Menambahkan sudu besi
3
3
Menambahkan tong sampah
4
4
Menyediakan sabun basuh tangan
1
5
Menyediakan kipas
2
6
Menambahkan kerusi dan meja
2

Jadual 7: Cadangan yang diberikan oleh pelajar
Berdasarkan jadual 7, terdapat 6 pendapat atau cadangan yang telah diberikan oleh pelajar.  Antaranya cadangan  yang dikenalpasti melalui kaedah temu selama 3 hari iaitu seramai 6 orang pelajar ialah tukar pengusaha kantin,menambahkan sudu besi, menambahkan tong sampah, menyediakan sabun pencuci tangan, menyediakan kipas dan menambahkan kerusi dan meja.  Setiap cadangan  ini didapati melalui pelajar iaitu tukar pengusaha kantin dan menambahkan sudu besi masing-masing adalah 3 orang, menambahkan tong sampah adalah 4 orang, menyediakan sabun pencuci tangan adalah seorang, manakala menyediakan kipas dan menambahkan kerusi dan meja masing-masing adalah 2 orang.





                                           
Rajah 8: Peratusan cadangan yang diberikan oleh pelajar
                  Berdasarkan rajah 8 menunjukkan peratus bagi setiap cadangan yang diberikan oleh pelajar bagi meningkatkan kepuasan dalam menggunakan kemudahan di kantin.  Hal ini dapat dilihat melalui rajah diatas dengan nilai peratus yang paling tinggi sebanyak 27% daripada cadangan lain iaitu cadangan menambahkan tong sampah (hijau) dan dikuti oleh cadangan yang mempunyai nilai peratus yang kedua tertinggi daripada cadangan lain iaitu sebanyak 20%  ialah cadangan menambahkan bilangan sudu besi(merah) dan tukar pengusaha kantin(biru).  Seterusnya nilai peratus sebanyak 13 % diwakili oleh dua cadangan iaitu menambahkan bilangan kerusi dan meja(oren) serta menyediakan kipas(biru laut).  Selebihnya lagi ialah cadangan yang paling rendah nilai peratusnya berbanding dengan nilai peratus cadangan lain iaitu sebanyak 7%  yang diwakili oleh cadangan menyediakan sabun basuh tangan.  Ini menunjukkan jelas bahawa kekurangan sudu besi masih kurang disediakan oleh pihak kantin dan perlu ditambah supaya mencukupi.  Jadi, pihak kantin harus mengambil perhatian terhadap cadangan oleh pelajar supaya pelajar dapat terus menggunakan perkhidmatan kantin ini seterusnya keuntungan pihak kantin turut bertambah.

5.0 RUMUSAN
            Kesimpulannya, kajian ini bertemakan Ekonomi Perniagaan yang mengkaji tentang persepsi pelajar di SMK Seri Lipis terhadap kantin sekolah.  Keseluruhan kajian ini bagi objektif pertama iaitu mengenalpasti tahap perkhidmatan yang disediakan oleh pihak kantin sekolah dapat dikenalpasti dalam tahap memuaskan iaitu dengan peratusan yang tertinggi sebanyak 62.92% berbanding dengan tahap tidak memuaskan sebanyak 37.08% melalui kaedah soal selidik. Ini menunjukkan bahawa keseluruhan pelajar SMK Seri Lipis ini amat berpuas hati dengan perkhidmatan yang telah disediakan oleh pihak kantin sekolah walaupun masih banyak kekurangan pelbagai aspek.  Manakala, objektif kedua bagi kajian ini iaitu mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan di kantin sekolah dapat dikenalpasti dalam tahap memuaskan dengan tahap kepuasan tertinggi iaitu sebanyak 61.11% berbanding tahap tidak memuaskan hanya sebanyak 38.89%.  Ini juga menunjukkan bahawa pelajar SMK Seri Lipis  memberi tindak balas yang memuaskan secara keseluruhannya terhadap kemudahan yang sedia ada walaupun pada hakikatnya masih terdapat kekurangannya yang tidak dapat memenuhi kehendak penggunanya.  Jadi, segala faktor ketidakpuasan yang dinyatakan oleh pelajar SMK Seri Lipis ini telah dapat dikenalpasti dan cadangan turut diberikan untuk penyelesaian tersebut melalui kaedah temu bual yang dijalankan untuk objektif kedua ini.  Oleh itu, secara keseluruhannya kedua-dua objektif kajian saya tercapai dalam tahap memuaskan seperti mana yang ingin dicapai oleh pihak kantin.







Rujukan
Orang Sumber
1.      Orang sumber seramai 6 orang
2.      Responden soal selidik seramai 30 orang
KAMUS
  1. Kamus Besar, Bahasa Melayu Utusan  halaman 1213: susunan Haji Zainal Abidin Safarwan. Cetakan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd

BUKU
1.       Mokhtar Pet dan Rafidah Manap 2012. Pengajian perniagaan teks STPM penggal 1. Muka surat 3. Terbitan pertama. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd

WAWANCARA
  1. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan pekerja kantin sekolah di SMK Seri Lipis.

INTERNET
1.         https://maps.google.com



Lampiran
Peta smk seri lipis :
RAJAH 1
Peta sekolah:
Description: D:\IMG_3075.JPG



\




Rajah 2

Foto  kantin sekolah :
Description: D:\DSCN2592.JPG
Rajah 3

Description: D:\DSCN2591.JPG
Rajah 4












Soal selidik ini dijalankan untuk mengkaji Persepsi dalam Kalangan Pelajar di SMK Seri Lipis Terhadap Kantin Sekolah.  Diharapkan anda dapat menjawab dengan jujur dengan menjayakan penyelidikan ini
Bahagian A: Maklumat responden
1.     Umur :                  13 – 15  tahun               16 -17  tahun               18 – 19 tahun
2.     Jantina  :                Lelaki                             Perempuan 
Bahagian B: Kunjungan pelajar ke kantin Smk Seri Lipis
Arahan : Sila baca dan fahamkan setiap kenyataan, kemudian tandakan ( √ ) berdasarkan skala di bawah:.
1      Sangat memuaskan            3   Tidak memuaskan                                                 
2      Memuaskan                         4   Sangat tidak memuaskan           

Bil
Butiran
1
2
3
4
1.
Saya berpuas hati dengan layanan yang diberi oleh pekerja kantin




2.
Saya berpuas hati terhadap kepelbagaian menu yang disediakan oleh pihak kantin.




3.
Saya berpuas hati dengan harga yang ditawarkan mengikut kesesuaian jenis makanan.




4.
Saya amat berpuas hati dengan saiz hidangan sepinggan yang disediakan untuk pelajar




5.
Saya amat berpuas hati terhadap kebersihan diri setiap pekerja di kantin




6.
Saya amat berpuas hati dengan makanan yang disediakan adalah seimbang.




7.
Saya amat berpuas hati dengan jumlah nutrisi dalam kandungan makanan yang disediakan adalah mencukupi




8.
Saya amat berpuas hati dengan cara pengurusan jual beli antara pekerja kantin dengan saya.




9.


Saya berpuas hati dengan suasana persekitaran sekeliling kantin semasa menjamu selera




10.

Saya berpuas hati terhadap kebersihan kerusi dan meja di kantin ini




11.
Saya berpuas hati dengan keselesaan yang disediakan oleh pihak kantin ketika membeli mahupun menjamu selera




12.
Saya amat berpuas hati menggunakan kemudahan yang disediakan di kantin sekolah.




13.
Saya berpuas hati dengan ruangan yang disediakan untuk beratur ketika membeli makanan




14.
Saya amat berpuas hati dengan keceriaan yang sedia ada di kantin sekolah





Terima kasih atas kerjasama yang diberikan untuk menjayakan penyelidikan ini