Wednesday 10 April 2013

PBS PENGAJIAM AM 2013:persepsi jualan langsung di kg ulu teris kuala lipis


1.0 PENGENALAN

Definisi perniagaan dalam Kamus Besar, Bahasa Melayu Utusan, halaman 1213 menyatakan bahawa perniagaan bermaksud bejual beli, berjaja, berdagang barang dan perkhidmatan. Manakala menurut buku rujukan pengajian perniagaan STPM halaman 3 yang ditulis oleh Mokhtar Pet dan Rafidah Manap, perniagaan boleh didefinisikan sebagai sebuah organisasi yang melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan urus niaga jual beli barangan atau perkhidmatan antara pihak penjual dan pembeli pada masa, harga dan kuantiti tertentu bagi memenuhi kehendak dan keperluan pengguna yang bertujuan untuk memaksimumkan keuntungan penjual. Aktiviti perniagaan ini telah wujud sejak zaman Nabi Muhammad dan merupakan 9 daripada 10 rezeki datangnya daripada aktiviti perniagaan. Pada zaman modenisasi ini,  terdapat  lima bentuk organisasi perniagaan iatu milikan tunggal, perkongsian, syarikat sdn bhd, syarikat awam berhad dan koperasi. Namun begitu, bagi perniagaan jualan langsung, semua bentuk organisasi perniagaan boleh menjalankan perniagaan jualan langsung dan secara individu juga boleh menjalankan perniagaan ini secara kecil-kecilan dengan membuka stok barangan jualan langsung di rumahnya.

Industri jualan langsung mula bertapak di Malaysia pada tahun 1970 an. Mengikut takrif Akta Jualan Langsung 1993 ( Akta 500 ), perniagaan jualan langsung adalah kaedah perniagaan yang menjual barang terus kepada pengguna, melalui kunjungan jurujual dari pintu ke pintu. Jurujual akan diberi latihan dalam bidang jualan langsung seperti seminar menjadi usahawan serta dibekalkan dengan sample, katalog dan senarai harga. Namun, pada zaman teknologi maklumat ini, kaedah kunjungan jurujual dari rumah ke rumah sudah berkurangan, kerana kebanyakkan pengedar menggunakan laman sosialnya untuk menjual barangannya dan mereka mengedar melalui orang yang terdekat mereka. Seterusnya mereka mengamalkan konsep duplikasi antara penguna kepada pengguna yang lain untuk menggunakan barangan tersebut. Terdapat 3 bentuk jualan langsung, iaitu jualan perhidmatan oleh ejen, jualan langsung oleh ejen yang dilantik oleh pengeluar berasaskan katalog dan sampel serta jualan barang oleh ejen bebas yang tidak mewakili mana-mana pihak.  Dewasa ini, pembelian melalui perniagaan jualan langsung telah mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan masyarakat yang tinggal di Bandar mahupun yang tinggal di kawasan kampung. Hal  ini dapat dilihat melalui jumlah jualan industri ini yang semakin meningkat dari tahun ke tahun kerana mereka lebih percaya bahawa industri jualan langsung dapat menjana keuntungan yang lumayan dengan memasarkan produk mereka di pasaran. Hal ini demikian, selaras dengan kepesatan ekonomi Malaysia yang membangun kerana kuasa beli pengguna yang tinggi. Barangan yang diperdagangkan dalam perniagaan jualan langsung ialah kosmetik, penjagaan diri, aksesori,peralatan dapur, makanan suplemen, pelangsingan diri dan lain-lain. Pembelian barangan jualan langsung telah mendapat sambutan dalam kalangan penduduk kampung yang dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu kualiti barangan, harga yang berpatutan, tahap kepuasan, faktor kesihatan, faktor trend, pengaruh rakan, faktor mudah didapati dan lain-lain faktor. Bukan itu sahaja, pembelian barangan jualan langsung juga mendapat sambutan daripada pelbagai peringkat umur dan jantina. Oleh itu, jelaslah bahawa pembelian barangan jualan langsung mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penduduk di kawasan kajian.















1.1 Objektif Kajian

Terdapat dua objektif dalam menjalankan kajian ini, dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :

  1. Mengenal pasti sambutan pembelian barangan jualan langsung mengikut umur, jantina, kategori pelanggan, jenama dan jenis barangan yang dibeli.
  2. Mengenal pasti faktor-faktor  yang mempengaruhi pembelian barangan jualan langsung dari segi kualiti barangan, harga berpatutan, trend, pengaruh rakan, faktor kesihatan, mudah didapati dan tahap kepuasan penduduk terhadap barangan jualan langsung.



















2.0 LOKASI KAJIAN

Dalam menjalankan suatu kajian, lokasi merupakan satu aspek penting,  yang perlu dalam mendapatkan kesahihan dapatan kajian. Oleh itu, pengkaji memilih lokasi Kampung Ulu Teris iaitu kampungnya sendiri sebagai kawasan kajiannya. Lokasi kajian ini terletak di Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Padang Tengku, parlimen Lipis di Mukim Telang, Daerah Kuala Lipis.

2.1  Kuala Lipis

Kuala Lipis merupakan Bandar yang berhampiran dengan lokasi kajian. Jarak antara lokasi kajian dengan Bandar Kuala Lipis adalah kira-kira 13 KM. Daerah Kuala Lipis merupakan daerah yang ketiga terbesar di negeri Pahang selepas daerah Jerantut dan Rompin dengan keluasan 527 861 hektar . Daerah Kuala Lipis mempunyai 10 mukim dan lokasi kajian adalah salah satu kampung yang terletak di Mukim Telang dengan jumlah keluasannya ialah 43 900 hektar iatu 8,3% daripada keluasan daerah Kuala Lipis. selain itu , Kuala Lipis terletak di pertemuan Sungai Jelai dengan Sungai Lipis dan merupakan ibu negeri Pahang yang pertama mulai tahun 1898 sebelum dipindahkan ke Kuantan pada tahun 1955. Di samping itu juga, Bandar Kuala Lipis telah diiktifraf sebagai Bandar bersejarah Kuala Lipis kerana terdapat banyak bangunan yang didirikan semasa zaman penjajahan British. Rujuk peta di lampiran 1.

2.2  Kg Ulu Teris

Kampung Ulu Teris merupakan sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman yang mana ianya dihubungkan melalui jalan Kampung Bapong dan Padang Golf Empang Jaleh Penjom Kuala Lipis dan jarak antara Kampung Ulu Teris dengan Bandar Kuala Lipis adalah kira-kira 13 KM, rujuk lampiran 2 dan 17. Kampung ini mempunyai tanah seluas 250 ekar dan mempunyai hampir 50 buah rumah serta terdapat hampir 200 orang penduduk di kampung ini. Pola petempatan kampung ini adalah berselerak kerana penduduk di kawasan kajian mempunyai pemilikan tanah sendiri dan mengamalkan sistem pecah tanah mengikut adik beradik dalam keluarga mereka. Kegiatan ekonomi yang  dilakukan di lokasi ini adalah menoreh getah dan merupakan aktiviti ekonomi yang utama dijalankan kampung ini, rujuk lampiran 6. Selain itu juga, terdapat aktviti penangkapan ikan dan penternakan ikan sangkar, kerana kampung ini berhampiran dengan bekas tasik perlombongan emas di Empang Jaleh dan aktiviti ini merupakan aktiviti sampingan untuk mencari wang tambahan, rujuk lampiran 7. Seterusnya,  aktiviti pembalakan juga giat dilakukan di Empang Jaleh, rujuk lampiran 8.

Selain itu kampung ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas antaranya jalan raya,bekalan tenaga elektrik, bekalan air, talian telefon, surau, balai raya dan yang terbaru Kampung Ulu Teris merupakan salah sebuah kg yang menerima perkhidmatan internet tanpa wayar  ( WIFI ) 1 Malaysia yang diberi oleh pihak kerajaan pada bulan Jun tahun 2012, rujuk lampiran 4.. Di samping itu juga, Kampung Ulu Teris mempunyai padang bola, gelanggang futsal, gelanggang badminton dan yang terbaru gelanggang permainan dart yang mana tempat ini telah dikunjungi oleh penduduk di Bandar Kuala Lipis dan sering menganjurkan pertandingan di tempat tersebut, rujuk lampiran 3 dan 5. Dengan adanya kemudahan untuk bersukan,tempat ini menjadi pusat pengumpulan pemuda-pemuda kampung selain dapat mengasah bakat mereka yang terpendam dala diri masing-masing.

 Selain itu, terdapat juga keistimewaan kg ini antaranya terdapat sumber galian  emas sungai, kayu balak jenis kayu jati yang sesuai untuk dibuat perabut, namun sumber-sumber ini masih tidak dikomersialkan sepenuhnya lagi. Seterusnya, penduduk di kampung ini masih mengamalkan sikap kerjasama dan saling bantu- membantu tidak kira usia. Hal ini, dapat dilihat apabila terdapat kenduri kendara  dan majlis perkahwinan di kampung tersebut. Di samping itu terdapat juga sumbangan terhadap kampung ini iaitu sumbangan daripada pemuda kampung ini dalam menaikkan nama kampung  terutamanya dalam bidang sukan bola sepak dan futsal iatu pasukan UTB team, yang mana pasukan telah banyak meraih kemenangan dan sering mendapat johan dalam bidang sukan ini. Selain itu juga, pasukan UTB team sering kali menjadi saingan bagi pasukan-pasukan elit di Kuala Lipis, rujuk lampiran 10, 11, dan 12.

Lokasi Kampung Ulu Teris ini dipilih sebagai lokasi kajiannya kerana pembelian barangan jualan langsung telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penduduk Kampung Ulu Teris. Hal ini kerana, terdapat ramai pengedar di lokasi kajian ini antaranya Avon, Leno, Cosway, Gamat Emas, CNI, Anugerah dan lain-lain yang terdiri daripada barangan kosmetik, peralatan dapur, penjagaan diri, makanan suplemen, aksesori dan lain-lain. Hal ini , dapat memudahkan penduduk kampung mendapatkan barangan jualan langsung dengan mudah, menjimatkan masa dan kos untuk mendapatkan barangan tersebut. Hal ini kerana, di kampung-kampung yang berhampiran mengalami kekurangan pengedar untuk mendapatkannya. Selain itu, lokasi ini dipilih untuk memudahkan pengkaji membuat kajian di lokasi ini kerana pengkaji lebih mudah untuk mendapatkan maklumat melalui borang soal selidik dan temu bual kerana kerjasama yang diberi oleh penduduk di lokasi ini adalah 100%. Hal ini kerana,pengkaji telah mengenali semua penduduk kampung ini, dan mereka masih mengekalkan amalan kerjasama dan gotong-royong yang boleh mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk kampung. Oleh itu, pengkaji berasa bangga menjadi anak jati Kampung Ulu Teris yang aman damai ini. `











3.0 KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian, pengkaji telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan pengkaji mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik. Melalui kaedah kajian ini, terdapat sumber primer dan sumber sekunder. Sumber primer merupakan bukti pertama dari suatu peristiwa. Sumber sekunder juga merupakan analisis atau paparan yang mengambil sumber primer sebagai objek perbahasannya sehingga dapat dikatakan bahawa sumber sekunder merupakan reproduksi dari sumber primer. Oleh itu, pengkaji telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan pentaksiran berasaskan sekolah ( PBS ). Berikut merupakan kaedah yang telah
Digunakan :

3.1 Soal Selidik

Kaedah soal selidik merupakan kaedah yang utama dalam mengumpulkan data kerana ianya berhubung terus dengan kumpulan sasaran. Kaedah ini juga merupakan kaedah yang paling popular yang telah digunakan oleh para pengkaji untuk mendapatkan data primer. Kajian ini adalah berbentuk deksriptif iaitu menggunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklumat. Soal selidik dibuat dengan melakukan pilihan secara rawak berdasarkan kelapangan dan kesudian responden untuk menjawab borang soal selidik tersebut. Kategori respoden terdiri daripada golongan pelajar, dewasa atau produktif dan warga emas. Hal ini kerana mereka terlibat secara aktif dalam pembelian barangan jualan langsung. Kaedah ini merupakan kaedah pengumpulan data primer iaitu mendapatkan maklumat terus daripada responden. Penggunaan borang selidik sangat santai kerana bentuk soal selidiknya bersesuaian dengan penduduk kampung supaya tidak berlaku bias semasa mengisi borang selidik. Borang soal selidik mengandungi dua bahagian iatu bahagian A dan B. Bahagian A ialah bahagian demografi yang terdiri daripada maklumat peribadi responden dan bahagian B mengenai respon terhadap aspek persoalan kajian. Hal ini,  adalah untuk mengetahui dan mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut lagi tentang pembelian barangan jualan langsung. Seramai 30 orang responden dipilih bagi mewakili semua penduduk Kampung Ulu Teris. Selain itu, soal selidik berbentuk terbuka dan tertutup bagi mendapatkan jawapan yang tepat dan mudah diproses semasa membuat analisa, manakala soalan yang berbentuk terbuka pula memberikan kebebasan kepada responden untuk menjawab soalan dengan pelbagai dan mengikut pandangan mereka. Rujuk lampiran 18.

3.2 Temu Bual

Kaedah temu bual merupakan satu kaedah dimana berlaku soal jawab pengkaji dengan penduduk Kampung Ulu Teris. Kaedah temu bual ini adalah untuk mendapatkan keterangan atau pandangan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Melalui kaedah temu bual ini juga, pengkaji telah mewawancara dengan penduduk kampung yang dipilih. Melalui wawancara ini, pengkaji dapat menanyakan pelbagai soalan kepada penduduk kampung tersebut di samping dapat mengenal pasti isi penting yang perlu ditulis dalam dapatan kajian pengkaji. Soalan yang diajukan lebih kepada bentuk penerangan untuk mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut tentang faktor-faktor utama yang mempengaruhi pembelian barangan jualan langsung dalam kalangan penduduk Kampung Ulu Teris. Kaedah temu bual ini telah melibatkan seramai 3 orang penduduk Kampung Ulu Teris yang dipilih untuk ditemual.


3.3 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang tidak perlu menggunakan peralatan moden yang  juga merupakan alternatif yang ada dalam pengumpulan data selain daripada soal selidik dan temu bual. Hal ini, terdapat kebaikan menggunakan kaedah ini antaranya ialah pemerhatian terhadap objektif kajian adalah lebih terperinci, jelas, teliti dan tepat yang akan menyumbang kepada dapatan kajian pengkaji dengan lebih sah serta boleh dipercayai. Selain itu, penyelidikan boleh memastikan maklumat yang benar dan jelas kepada pengkaji. Pemerhatian yang dilakukan oleh pengkaji adalah pada setiap hari, samada berlaku pembelian barangan jualan langsung atau tidak antara penduduk untuk mengenal pasti  jenama serta jenis barangan yang dibeli oleh penduduk di kawasan kajian.

3.4 Rujukan
Kaedah ini digunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan definisi perniagaan, dan jenis organisasi perniagaan serta definisi jualan langsung . Rujukan diperolehi  melalui buku rujukan pengajian perniagaan dan  buku rujukan SPM perdagangan. Di samping itu juga, pengkaji membuat  rujukan buku ilmiah yang dipinjam daripada perpustakaan awam Kuala Lipis dan perpustakaan desa di Kampung Relong. Selain itu, pengkaji menggunakan perkhidmatan rujukan daripada internet di pusat internet tanpa wayar         ( WIFI ) di Kampung Ulu Teris, bagi mengetahui lebih lanjut tentang produk yang dilancarkan serta kebaikan dan kelebihan yang terdapat dalam kandungan produk tersebut. Di samping itu juga, pengkaji ada membuat rujukan daripada majalah dan katalog yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan untuk mengetahui jenis produk yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan. Melalui kaedah rujukan ini, pengkaji sedikit sebanyak dapat menambah baik serta mempertingkatkan maklumat terhadap pembelian barangan jualan langsung.



3.5 Teknik Analisis Data
Data dianalisis dengan menggunakan deksriptif dalam bentuk kekerapan dan peratusan. Data dianalisa setelah memperolehi data primer daripada soal selidik. Setiap jawapan responden dibuat dalam bentuk budalan dan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan carta.




4.0     DAPATAN KAJIAN DAPATAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah dilakukan daripada borang soal selidik yang telah diisi oleh responden yang terpilih. Data yang telah dimasukkan telah diproses bagi mendapatkan statistik seperti peratusan, taburan kekerapan dan purata bagi kajian yang dijalankan.

4.1      Demografi Responden

Seramai 30 orang responden yang dipilih terdiri daripada penduduk tempatan telah disoal selidik. Huraian analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur, pekerjaan, status perkahwinan, kategori pelanggan dan pendapatan bulanan penduduk dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Analisis Data Bahagian Demografi


Kategori Pelanggan
Bil
Peratus ( % )
Pelajar
6
20
Warga Emas
3
10
Dewasa/Produktif
21
70
Jumlah
30
100






4.1.3   Jantina
    RAJAH 1 : Jantina Responden
                         Kebanyakan responden terdiri daripada golongan wanita iaitu seramai 18 orang responden  ( 60% ), manakala selebihnya adalah golongan lelaki iaitu seramai 12 orang responden ( 40%.) Hal ini menunjukkan, golongan wanita lebih giat aktif dalam pembelian barangan jualan langsung dalam kalangan penduduk Kampung Ulu Teris. Di samping itu juga, golongan wanita lebih minat dengan pembelian barangan melalui jualan langsung kerana mereka mudah untuk mendapatkan kesahihan terhadap barangan yang dijual. Data yang lebih terperinci dapat dilihat dalam rajah 1.
4.1.4 Pekerjaan
RAJAH 2: Agihan Jenis Pekerjaan Responden
Kebanyakan responden adalah terdiri daripada bekerja sendiri iaitu seramai 12 orang responden (40%), diikuti dengan kakitangan kerajaan seramai 7 orang responden iaitu 23.33%. manakala pelajar seramai 6 orang responden (20%) dan selebihnya adalah pekerja swasta iaitu seramai 5 orang responden (16.67%). Hal ini, jelas menunjukkan bekerja sendiri adalah majoriti yang terlibat dalam pembelian barangan jualan langsung, kerana kegiatan ekonomi utama di lokasi kajian adalah bekerja sebagai penoreh getah. Data yang lebih terperinci dapat dilihat di rajah 2.

4.1.5 Pendapatan Bulanan
RAJAH 3 : Pendapatan Bulanan Responden
Majoriti responden mempunyai pendapatan bulanan antara RM 0-700 seramai 16 responden (53.33%) yang kebanyakkannya melakukan pekerjaan sendiri. Diikuti pula dengan pendapatan bulanan antara RM 800-1200 seramai 6 orang responden (20%), manakala pendapatan antara RM 1300-2000 seramai 5 orang responden ( 16.67%) dan selebihnya antara RM 3000-5000 ke atas seramai 3 orang responden (10%). Hal ini menunjukkan, barangan jualan langsung boleh dimiliki oleh semua penduduk kampung Ulu Teris, kerana harganya yang berpatutan dan berkualiti tinggi. Data yang terperinci dapat dilihat dalam rajah 3.


4.1.6  Umur
RAJAH 4 : Agihan Umur Responden
Majoriti responden berumur antara 21-45 tahun iaitu seramai 16 orang responden (53.33%) yang terdiri daripada golongan produktif yang aktif bekerja, diikuti kategori umur antara 0-20 tahun, seramai 6 orang responden ( 20%) yang kebanyakan terdiri daripada golongan pelajar. Manakala kategori umur antara 45-56 tahun seramai 5 orang responden ( 16.67%) dan selebihnya terdiri daripada kategori umur 57 tahun ke atas seramai 3 orang responden  (10%). Hal ini jelas mennjukkan  hampir semua kategori umur terlibat dalam pembelian barangan jualan langsung kerana terdapat kepelbagaian pilihan barangan jualan langsung yang sesuai dengan kategori umur mereka. Data yang lebih terperinci dapat dilihat di rajah 4.


4.2 Analisis Sambutan Penduduk Terhadap Pembelian Barangan Jualan Langsung

Pembelian barangan jualan langsung telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan masyarakat di Malaysia malahan tidak ketinggalan juga bagi penduduk Kampung Ulu Teris, walaupun lokasi kajian terletak dalam kawasan pedalaman, namun mereka juga sering kali membeli barangan melalui jualan langsung. Di Malaysia terdiri daripada pelbagai jenama barangan jualan langsung, namun di Kampung Ulu Teris lebih popular dengan jenama Avon, Leno, Cosway, Gamat Emas CNI dan lain-lain barangan . Seterusnya, terdapat pelbagai jenis barangan jualan langsung yang terdiri daripada barangan kosmetik, peralatan dapur, penjagaan diri, makanan suplemen dan aksesori, rujuk lampiran 13, 14, dan 15. Hal ini kerana terdapat pelbagai sumber yang memperkenalkan barangan jualan langsung kepada seseorang, iaitu seramai 16 orang responden ( 53.33 %) responden diperkenalkan oleh rakannya tentang barangan jualan langsung. Hal ini kerana, rakan merupakan orang yang mudah dipercayai terutamanya rakan karib yang akan mempengaruhi seseorang untuk membeli barangan tersebut. Seterusnya seramai 6 orang responden ( 20%) diperkenal oleh ahli keluarga sendiri. Hal ini kerana ahli keluarga merupakan orang yang terdekat dan menurut Siti Esah 56, mungkin mereka ingin menyokong ahli keluarga mereka dalam bidang perniagaan yang diceburi oleh ahli keluarganya. Diikuti pula daripada sumber media massa terutamanya melalui iklan di televisyen dan surat khabar seramai 7 orang responden ( 23.33%) dan selebihnya daripada sumber lain-lain.

Analisis Data Bahagian B


Cara Mendapatkan Barangan
Bil
Peratus ( % )
Membeli melalui stokis
22
73.33
Membeli melalui agen/pengedar
8
26.67
Jumlah
30
100

Orang Yang Memperkenalkan
Bil
Peratus ( % )
Rakan
16
53.33
Ahli keluarga
6
20
Media massa
7
23.33
Lain-lain
1
3.33
Jumlah
30
100


Kualiti Barangan
Bil
Peratus ( % )
Tinggi
18
60
Sederhana
12
40
Rendah
 0
0
Jumlah
30
100

4.2.1 Jenama Barangan Jualan Langsung
RAJAH 5: Agihan Jenama Responden

Rajah 5 jelas menunjukkan bahawa pemilihan jenama Gamat Emas menjadi pilihan yang tertinggi dalam kalangan penduduk di lokasi kajian dengan jumlah seramai 16 orang responden  ( 44.44%) yang memilih jenama ini untuk kegunaan harian. Hal ini kerana, penduduk  lebih mempercayai kualiti terhadap produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. Menurut Siti Esah, 56 beliau memberitahu bahawa barangan daripada Gamat Emas menggunakan ekstrak daripada spesies gamat kuning keemasan atau nama scientifiknya (Stichopus Horrens Selengka) yang ditemui oleh Prof Dr Haji Ridzwan Bin Hashim, selaku ketua penyelidik minimum laut di Kementerian Sains dan Teknologi Malaysia. Menurut Prof Dr Haji Ridzwan Hashim, spesies gamat ini merupakan spesies yang terbaik di dunia, kerana nilai penyembuhannya adalah 3 kali ganda berbanding dengan spesies gamat yang kedua. Spesies ini juga telah diiktiraf sebagai spesies gamat nombor satu di dunia daripada 2000 spesies mentimun laut.
Di samping itu, barangan yang dikeluarkan oleh Gamat Emas dapat  memenuhi keperluan dan kehendak penduduk di kawasan kajian. Selain itu juga, pengedar bagi barangan Gamat Emas diberi latihan melalui seminar dan bengkel yang dianjurkan oleh syarikat tersebut. Hal ini adalah untuk memudahkan pemasaran terhadap barangan di samping untuk memberi maklumat yang tepat terhadap barangan yang dikeluarkan oleh syarikat berkenaan supaya maklumat dapt disampaikan kepada pengguna adalah tepat dan tidak berasa ragu-ragu untuk membelinya. Diikuti jenama lain-lain yang terdiri daripada jenama Anugerah, Alpa Lipiq, Bio-Aura, Herbalife dan Gamat Healin seramai 10 orang responden ( 27.78 %). Seterusnya diikuti jenama Avon seramai 5 orang responden   ( 13.89%), manakala jenama Cosway dan Leno seramai 2 orang responden (5.56%) dan selebihnya CNI. Rujuk lampiran 16.



4.2.2 Jenis Barangan


RAJAH 6: Agihan Jenis Barangan

Majoriti responden memilih barangan suplemen sebagai pembelian utama melalui barangan jualan langsung iaitu seramai 20 orang responden ( 46.51%). Barangan suplemen terdiri daripada pengambilan vitamin-vitamin untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan seseorang. Menurut Pn Hasnah 46, tahap kesihatan akan semakin menurun apabila seseorang semakin berusia. Selain itu barangan suplemen dibeli oleh semua peringkat umur untuk meningkatkan kecerdasan kerana keletihan dan kesibukan dalam melakukan aktiviti pekerjaan disamping dapat  mengelakkan kelesuan dan meningkatkan produktiviti dalam melakukan pekerjaan. Diikuti pula barangan penjagaan diri iatu seramai 15 orang responden ( 34.88%) barangan penjagaan diri terdiri daripada sabun, syampu, mandian, losyen dan lain-lain , manakala barangan kosmetik seramai 4 orang responden ( 9.30%) dimana barangan ini menjadi pilihan bagi kaum wanita yang inginkan kecantikan. Seterusnya diikuti barangan aksesori yang terdiri daripada beg tangan, kasut, tali pinggang dan lain-lain seramai 3 orang responden             ( 6.98%) dan selebihnya barangan peralatan dapur yang terdiri daripada dapur elektik,cerek elektrik dan lain-lain.

4.3 Analisis Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian Barangan Jualan Langsung Dalam Kalangan Penduduk
Daripada rajah 5 dan rajah 6 dapat dirumuskan bahawa tedapat pelbagai faktor yang mempengaruhi penduduk di kawasan kajian membeli barangan melalui jualan langsung dan memilih jenama mengikut pilihan mereka. Antaranya mudah didapati, pengaruh rakan, trend, faktor kesihatan dan faktor lain-lain. Data yang lebih terperinci dapat dilihat dalam rajah 7.







4.3.1 Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi


RAJAH 7 : Agihan Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Pembelian

Majoriti responden bersetuju bahawa barangan jualan langsung mudah didapati iaitu seramai 17 orang responden ( 50%). Terdapat 2 cara untuk mendapatkan barangan jualan langsung iaitu seramai 22 orang responden ( 73.33%) mendapatkan barangan jualan langsung melalui stokis jualan yang terdapat di Bandar Kuala Lipis, manakala seramai 8 orang responden ( 26.67%) orang mendapatkan barangan melalui pengedar atau agen bagi sesuatu syarikat di kampung tersebut. Di samping itu,  terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan oleh pengedar atau agen syarikat tersebut selaras dengan perkembangan teknologi zaman modenisasi ini, untuk mendapatkannya samada melalui perkhidmatan online, tempahan melalui panggilan telefon, dan lain-lain lagi. Menurut Siti Esah, 56 tahun, barangan jualan langsung mudah didapati kerana terdapat perhidmatan yang disediakan oleh pengedar iaitu  penghantaran barang ke rumah tanpa dikenakan sebarang caj oleh pengedar tersebut. Menurut beliau juga, ia memudahkan golongan warga emas untuk mendapatkan barangan jualan langsung di samping dapat menjimatkan kos pengangkutan untuk mendapat barangan tersebut.

 Seterusnya diikuti pula faktor kesihatan iaitu seramai 11 orang responden             ( 32.35%) setuju. Hal ini kerana, di zaman modenisasi ini, kemungkinan banyak penyakit yang berbahaya muncul terutama penyakit 3 berangkai iaitu penyakit serangan jantung, kencing manis dan darah tinggi. Hal ini disebabkan oleh faktor pengambilan makanan tanpa had yang menyebabkan mereka mudah untuk mendapat penyakit tersebut. Oleh itu, mereka memilih barangan melalui  jualan langsung untuk mendapatkanya kerana terdapat juga produk yang boleh mengawal penyakit mereka daripada menjadi lebih serius . Menurut Pn Hasnah 48, penduduk kampung juga tidak mahu bergantung sepenuhnya dengan bekalan ubat-uabatan yang dibekalkan oleh pihak hospital ,kerana ia memungkinkan akan muncul penyakit lain seperti  penyakit buah pinggang. Hal ini disebabkan oleh ubat yang dimakan tidak hancur dalam badan dan menyebabkan ubat-ubatan yang dimakan terkumpul dalam buah pinggang dan seterusnya tersumbat. Di samping itu, terdapat juga program kesihatan yang dijalankan oleh pengedar untuk mendedahkan tentang penjagaan kesihatan dan juga kebaikan dan kelebihan produk-produk syarikat pengedar tersebut. Hal ini ,untuk memberi kesedaran kepada penduduk kampung tentang kepentingan menjaga kesihatan terutama pada era ini.

Selain itu, faktor trend, faktor ini lebih menjurus kpada golongan remaja. Menurut Nur Syahida 16, mereka sering mengikut trend daripada semasa ke semasa dan mereka lebih dipengaruhi oleh iklan-iklan yang disiarkan dalam media massa terutama bagi barangan aksesori yang akan mempengaruhi mereka dalam pembelian barangan jualan langsung. Menurut beliau juga, golongan remaja zaman sekarang lebih mementingkan penampilan diri dengan mengikut perkembangan gaya daripada semasa ke semasa terutama penampilan artis-artis negara Korea.

         Faktor yang seterusnya ialah pengaruh rakan iaitu seramai 2 orang responden          ( 5.88%) yang bersetuju dengan faktor ini. Mereka akan lebih terpengaruh dengan rakan mereka apabila mereka merupakan kawan rapat dan melihat sendiri terhadap keberkesanan barangan jualan langsung melalui kawannya. Hal ini akan mengalakkan seseorang untuk mencubanya terlebih dahulu terutama dalam pembelian barangan kosmetik, oleh itu ia boleh mempengaruhi penduduk di kawasan kajian untuk membeli barangan melalui jualan langsung.

         Tambahan lagi, terdapat faktor harga berpatutan yang mana faktor ini dipersetujui oleh semua responden yang dipilih iaitu 100%. Faktor ini menunujukkan bahawa semua penduduk mampu untuk memiliki barangan jualan langsung, walaupun bekerja sendiri. Hal ini juga menunjukkan bahawa peduduk di kawasan kajian mempunyai kuasa beli yang tinggi dalam kalangan penduduk.

        Selain itu , faktor kualiti barangan jualan langsung juga mempengaruhi penduduk dalam pembelian barangan jualan langsung , seramai 18 orang responden bersetuju bahawa barangan jualan langsung berkualiti tinggi dan selamat digunakan kerana terdapatnya label halal yang sah daripada JAKIM, mendapat kelulusan daripada kementerian kesihatan Malaysia ( KKM ) dan kebanyakan barangan jualan langsung dikeluarkan daripada kilang bertaraf Good Manucfacturing Practise ( GMP ) yang mana kilang ini telah mendapat pengiktirafan sedunia dan kualiti dan keselamatannya terjamin kerana terdapat penyeliaan yang ketat di kilang tersebut. Tambahan lagi, poduk tersebut juga terdapat stardard kualiti yang dikeluarkan oleh SIRIM iaitu ISO 9001. Walaubagaimanapun terdapat juga responden mengatakan bahawa barangan jualan langsung adalah berkualiti sederhana iaitu seramai 12 orang ( 40%). Menurut Siti Esah, sesetengah penduduk juga tidak mempunyai kesesuaian dalam penggunaan barangan jualan langsung yang tidak membawa sebarang perubahan terhadap diri mereka sendiri dan kemungkinan juga mereka tidak mengikut aturan dalam  penggunaan dan pemakanan barangan tersebut








4.3.2 Tahap Kepuasan

RAJAH 8 : Agihan Tahap Kepuasan Responden
Mojoriti responden di kawasan kajian berasa sangat memuaskan selepas menggunakan barangan jualan langsung iaitu seramai 19 orang responden  ( 63.33 %) dan selebihnya iaitu seramai 11 orang responden (36.67%) menyatakan hanya memuaskan sahaja selepas menggunakannya.hal ini dipengaruhi oleh faktor ketidakesuaian bagi penggunaan barangan tersebut. Data yang terperinci dapat dilihat dalam rajah 8.
















5.0 RUMUSAN

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sambutan pembelian barangan jualan langsung mengikut umur, jantina, kategori pelanggan, jenama barangan jualan langsung dan jenis barangan yang dibeli oleh penduduk di lokasi kajian. Selain itu, kajian ini juga untuk mengenalpasti faktor- faktor yang mempengaruhi penduduk dalam pembelian barangan jualan langsung dari segi kualiti barangan, mudah didapati, harga berpatutan, faktor trend, faktor kesihatan, pengauh rakan dan tahap kepuasan penduduk terhadap barangan jualan langsung.

Daripada analisis didapati bahawa semua peringkat umur kecuali kanak-kanak terlibat dalam pembelian barangan melalui jualan langsung. Hal ini demikian industri jualan langsung menyediakan pelbagai jenis barangan mengikut peringkat umur agar dapat memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan mengikut arus perkembangan semasa. Hal ini kerana, kehendak dan cita rasa pelanggan sentiasa berubah dari semasa ke semasa apabila pengguna mencapai tahap kepuasan yang maksimum dalam penggunaan sesuatu barangan. Selain itu, didapati bahawa jenama Gamat Emas dan barangan makanan suplemen mendapat sambutan yang menggalakkan dalam kalangan penduduk di kawasan kajian. Hal ini dipengaruhi oleh beberapa faktor sebelum berlakunya pembelian dan pemilihan jenama barangan jualan langsung antaranya faktor harga berpatutan yang mana faktor ini dipersetujui oleh semua responden yang dipilih. Hal ini akan meningkatkan keupayaan penduduk untuk memiliki barangan tersebut disamping dapat meningkatkan kuasa beli dalam kalangan penduduk di kawasan kajian.

Selain itu, faktor kesihatan juga mempengaruhi penduduk dalam pembelian barangan jualan langsung. hal ini kerana terdapat juga syarikat yang menyediakan vitamin dan makanan suplemen untuk meningkatkan kecerdasan dan keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu kerja. Hal ini kerana keupayaan dan kecerdasan seseorang akan semakin menurun apabila meningkat usia. Oleh itu, penduduk di kawasan mengambil langkah untuk membeli makanan suplemen dan vitamin selain bergantung dengan ubat-ubatan yang dibekalkan oleh pihak hospital.

Manakala jenama yang kurang mendapat sambutan dalam kalangan penduduk di kawasan kajian adalah jenama CNI. Hal ini kerana, pengedar atau ejen CNI tiada di kawasan kajian dan memerlukan penduduk mendapatkan barangan ini di stokis jualannya.

            Kesimpulannya didapai bahawa faktor harga berpatutan merupakan faktor utama yang mendorong penduduk di kawasan kajian membeli barangan melalui jualan langsung disamping barangannya mudah didapati. Hal ini kerana terdapat ramai pengedar yang terdiri daipada pelbagai jenama yang memudahkan penduduk untuk mendapatkannya  di samping dapat menjimatkan kos pengangkutan. Oleh itu, diharapkan bahawa industri jualan langsung ini terus berkembang dan dijadikan sebagai perniagaan utama di Malaysia terutamanya bagi kaum melayu agar ekonomi kaum melayu dapat ditingkatkan sekaligus dapat membasmi kadar kemiskinan dalam Negara menjelang tahun 2020.














RUJUKAN

INTERNET

  1. https://maps.google.com
  2. www.gamatemas.com.my
  3. www.my.avon.com
  4. www.cni.my
  5. http://www.cosway.com.my
  6. www.mdlipis.gov.my
  7. www.arkib.gov.my
  8. www.kpdnkk.gov.my>pembangunanindustrijualanlangsung

WAWANCARA
  1. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Pn Siti Esah Binti Jawi, 56 tahun selaku pembeli barangan jualan langsung yang setia bagi golongan produktif.
  2. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Pn. Hasnah Binti Shafie, 46 tahun selaku penduduk di Kg Ulu Teris yang membeli barangan melalui jualan langsung bagi golongan produktif
  3. Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan Cik Nur Syahida Binti Aziz, 16 tahun selaku penduduk di Kg Ulu Teris yang membeli barangan melalui jualan langsung bagi golongan pelajar.

BUKU
  1. Mokhtar Pet dan Rafidah Manap 2012. Pengajian perniagaan teks STPM penggal 1. Muka surat 3. Terbitan pertama. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
  2. Loo Chen Kuang, 2006 perdagangan SPM, muka surat 56. Terbitan pertama. Johor Darul Takzim. Pelangi Sdn.Bhd
  3. Desmond Pang. Rahsia Kunci Kejayaan Jualan Langsung. muka surat 2. Kanyin Publication.


MAJALAH
  1. Siti Noor Diana Binti Juhari. “Apa Itu Jualan Langsung dan Multi Level Marketing” dlm GE-Biz, edisi Julai 2009 hlm 10, 5 Julai 2009


PAMPLET
  1. Siti Noor Diana Binti juhari. Senarai stokis dan pusat jualan utama, dlm info marketing edisi Mac 2013, hlmn 10


SURAT KHABAR
  1. Salleh Hj Saadon. “Seminar Usahawan Cemerlang Membina Kuasa Percaya” dlm. Harian Metro, Ahad, 20 November, 2011

KAMUS
  1. Kamus Besar, Bahasa Melayu Utusan  halaman 1213: susunan Haji Zainal Abidin Safarwan. Cetakan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd













LAMPIRAN


Lampiran 1: peta yang menunjukkan daerah Kuala Lipis di Pahang



Lampiran 2 : menunjukkan papan tanda untuk memasuki ke kawasan kajian


Lampiran 3 : Menunjukkan kemudahan gelanggang futsal untuk kemudahan pemuda-pemuda dan kanak-kanak di kawasan kajian.

               

Lampiran 4: Menunjukkan lokasi                       lampiran 5 : Menujukkan gelanggang                                          
Kemudahan ( WIFI )   untuk kegunaan             dart untuk kegunaan penduduk penduduk
Penduduk di kawasan kajian mengakses           di kawasan kajian
Internet.                                                          






Lampiran 6 : Menunjukkan kegiatan utama yang dijalankan di kawasan kajian




Lampiran 7: Menunjukkan kegiatan pembalakan yang dijalankan di Empang Jaleh



Lampiran 8 : Menujukkan kegiatan ekonomi  yang kedua dijalankan oleh penduduk di kawasan kajian di Empang Jaleh







Lampiran 9:   pasukan futsal UTB Lelaki dan wanita

 

Lampiran 10 :  pasukan futsal UTB kanak-kanak dan pasukan bola jaring wanita
                                       

Lampiran 11: Johan bagi kejohanan futsal terbuka di Benta

Lampiran 12 : menunjukkan barangan penjagaan diri



Lampiran 13 : menunjukkan barangan kosmetik




Lampiran 14: menunjukkan barangan elektrik dan peralatan dapur


Lampiran 15 : menunjukkan barangan makanan suplemen




Lampiran 16 : menunjukkan jenis-jenis barangan jualan langsung yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat













BORANG SOAL SELIDIK

UNTUK KEGUNAAN PENILAIAN BERASASKAN SEKOLAH
( PBS ) STPM 2012 / 2013

SMK CLIFFORD , 27200 KUALA LIPIS,PAHANG

Tajuk : Sambutan pembelian barangan jualan langsung dalam kalangan penduduk kampung Ulu Teris

          Kepada responden yang dihormati saya ingin meminjam masa anda sedikit untuk  
          Anda mengisi borang ini. Sila tandakan ( √ ) di ruangan yang berkenaan.

         
      BAHAGIAN A : DEMOGRAFI



1. UMUR : 0 - 20                  21 – 45                 46 – 56                   57 ke atas                



2. JANTINA : Lelaki                  Perempuan                



3. STATUS PERKAHWINAN :  Bujang                  Berkahwin

                                                      Lain-lain: sila nyatakan



4.PENDAPATAN  :    0 – 700                            800 – 1200                   1300-2000
     SEBULAN
         
                                     3000-5000                     6000 ke atas




5.KATEGORI PELANGGAN : Pelajar                                         Dewasa / produktif                 


                                                    Warga emas



6.JENIS PEKERJAAN :  Kerajaan                  swasta                   sendiri 
                            
                                                 Pelajar                   
             

BAHAGIAN B

1. Adakah anda pernah terlibat dengan pembelian barangan jualan langsung ?


    YA                           TIDAK


2. sejak bila anda telah menggunakan perhidmatan melalui jualan langsung ? 


                      Bulan             Tahun                                                                      
     

3. Apakah jenama yang sering anda gunakan ?


   Avon                                         DCL                                    Lain-lain
                                                                                                
   Cosway                                      Leno                                   sila nyatakan :

   Gamat Emas                              CNI                            
                  
           
4. Jenis barangan jualan langsung yang sering dibeli ?



    Kosmetik                              Penjagaan diri                            Aksesori   


    Peralatan dapur                    makanan suplemen                    Lain-lain
                                                                                                    Sila nyatatakan :
                                                                                            
5. Bagaimanakah cara anda untuk mendapatkan barangan secara jualan       
    langsung ?
    
    Membeli di stokis jualan langsung
   
    Membeli melalui agen/pengedar


6. Siapakah yang memperkenalkan barangan jualan langsung kepada anda ?


    Rakan                                   Iklan melalui media massa                   


    Ahli keluarga                         Lain-lain                                            sila nyatakan :






7. Bagaimanakah kualiti barangan jualan langsung yang dibeli ?


    Tinggi                   Sederhana                    Rendah 
  


8. Bagaimanakah dengan harga barangan jualan langsung ?


     Mahal                  Berpatutan                  Murah  


9. Adakah anda berpuas hati dengan barang-barang jualan langsung ?

      Sangat memuaskan                 memuaskan                 Tidak memuaskan


10. Apakah factor yang mempengaruhi anda dalam pembelian barangan jualan
      Langsung ? ( sila tanda 2 jawapan pilihan anda  di kotak yang berkenaan)


      Mudah didapati                    Pengaruh rakan                    
    
      Harga berpatutan                  Faktor kesihatan                      
   
      Trend                                     Kekurangan khidmat sokongan                        


      Sibuk                                     lain-lain: sila nyatakan


11. Adakah anda seorang yang mampu untuk memiliki barangan jualan langsung dengan pendapatan sebulan anda ?


      YA                            TIDAK


   
TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA ANDA KERANA MENGISI BORANG SELIDIK INI BAGI KEGUNAAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
 ( PBS ) STPM 2012 /2013


LAMPIRAN 17 : BORANG SOAL SELIDIK




No comments:

Post a Comment