Sunday 31 December 2017

PBS pengajian perniagaan STPM 2013: SISTEM PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAJLIS DAERAH LIPIS



1.0  ABSTRAK
Kajian yang dijalankan bertujuan mengenalpasti reka bentuk, menerangkan proses pengorganisasian, menganalisis konsep pengorganisasian dan mengenalpastian gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh organisasi, seramai 20 orang responden dipilih. kajian ini menggunakan 4 kaedah kajian iaitu kaedah soal selidik dengan memilih seramai 20 orang responden bagi mewakili 170 orang yang bekerja dalam organisasi. Seterusnya, pengkaji menggunakan kaedah temu bual dengan menebual pengurus atasan iaitu Setiausaha Majlis Daerah Lipis Mohd Pauzi Bin Abu Hussain. Selain itu, pengkaji menggunakan kaedah rujukan dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat tambahan tentang pengorganisasian dan gaya kepimpinan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa organisasi Majlis Daerah Lipis menggunakan penjabatan jenis fungsian. Seterusnya terdapat pelbagai konsep pengorganisasian yang diamalkan dalam organisasi. Antara konsep yang diamalkan ialah autoriti lini, autoriti staf, tanggungjawab, pemencaran autoriti, penugasan autoriti, rantaian arahan dan jangkauan kawalan. Gaya kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi ialah gaya kepimpinan demokratik manakala jenis kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi ialah jenis kepimpinan berwawasan. Akhir sekali, pengorganisasian dan gaya kepimpinan yang baik dan berkesan sangat penting bagi menjadikan organisasi lebih cemerlang dan bersistematik.



2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Terdapat 4 objektif dalam menjalankan kajian ini, dan kajian yang dibuat adalah berlandaskan kepada objektif yang telah disusun :
1.      Mengenalpasti reka bentuk organisasi yang digunakan oleh Majlis Daerah Lipis.
2.      Menerangkan proses pengorganisasian yang diamalkan oleh Majlis Daerah Lipis.
3.      Menganalisis konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh Majlis Daerah Lipis.
4.      Mengenalpasti gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengurus atasan dalam organisasi Majlis Daerah Lipis.



3.0  LATAR BELAKANG KAJIAN
3.1 PENGENALAN
Mengikut pandangan Huczynski dan Buchanan yang merupakan tokoh perniagaan berpendapat dalam karyanya ‘Organization Behavior’ sebuah organisasi terdiri daripada beberapa gabungan manusia atau sekumpulan manusia yang melakukan pelbagai aktiviti untuk mencapai matlamat organisasi yang telah ditetapkan. Dengan erti kata yang lain, pengorganisasian merupakan proses menyusun dan mengagihkan sumber manusia dan sumber lain untuk melaksanakan tugas agar matlamat organisasi yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.

Pengkaji telah memilih organisasi Majlis Daerah Lipis sebagai kajiannya yang bertajuk sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan yang diamalkan dalam Majlis Daerah Lipis. Organisasi ini dipilih adalah untuk mengenalpasti reka bentuk organisasi, menerangkan proses pengorganisasian yang diamalkan, menganalisis konsep pengorganisasian yang digunakan dan mengenalpasti gaya kepimpinan yang dipraktikkan oleh pengurus atasan Majlis Daerah Lipis.

Organisasi Majlis Daerah Lipis merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Daerah Kuala Lipis. Organisasi ini merupakan organisasi formal yang dibentuk berdasarkan struktur peranan yang dikelolakan secara formal mengikut tingkat autoriti yang telah ditetapkan dalam sesebuah pertubuhan. Organisasi Majlis Daerah Lipis mempunyai misi dan visinya. Misinya ialah mewujudkan Bandar dan persekitaran yang bersih dan bercahaya serta pembangunan terancang di samping mengekalkan warisan sejarah. Manakala visinya pula ialah menjadikan Kuala Lipis sebuah Bandar taman bersejarah yang maju, bersih, indah bercahaya dan pusat pelancongan yang menarik di masa yang akan datang.

Menurut pengurus atasan Majlis Daerah Lipis, terdapat banyak kepentingan pengorganisasian kepada organisasinya. Antaranya ialah dapat membuat penyelarasan antara bahagian. Hal ini kerana, setiap jabatan mempunyai objektif yang berlainan antara jabatan. Oleh itu penyelarasan antara bahagian sangat penting bagi  mengelakkan berlaku masalah pertindihan dalam pembahagian tugas. Selain tu juga, organisasi dapat menetapkan bidang tugas. Setiap tugas hendaklah dilaksanakan oleh pekerja mengikut bidang masing-masing. Oleh itu, pengorganisasian membolehkan seseorang pekerja mengetahui tugas yang perlu dilakukan dan melakukan tugas tersebut dengan sedaya upaya bagi mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh organisasi. Seterusnya, dapat membentuk struktur organisasi. Hal ini, dapat menghuraikan kedudukan setiap individu dengan jelas bagi setiap pekerja yang terdapat dalam organisasi. Struktur organisasi dapat dijadikan panduan yang jelas untuk membentuk sistem komunikasi yang berkesan dan membuat keputusan yang efektif di samping dapat membantu mewujudkan sistem pelaporan yang lebih sistematik, jelas, dan teratur dalam organisasi.

3.2 LOKASI KAJIAN
Dalam menjalankan suatu kajian, lokasi merupakan satu elemen penting dalam mendapatkan keseluruhan dapatan kajian. Oleh itu, pengkaji memilih lokasi pejabat Majlis Daerah Lipis yang beroperasi di bangunan 4 tingkat Centerpoint Kuala Lipis, Pahang sebagai kawasan kajiannya.
Pada mulanya Majlis Daerah Lipis dikenali sebagai sebuah Lembaga Kesihatan atau dikenali sebagai ‘sanitary board’ sehingga perang dunia kedua. Kemudian ianya bergerak sebagai sebuah Lembaga Bandaran sehingga tahun 1959. Pada tahun tersebut, telah diadakan pilihan Kerajaan Tempatan untuk memilih Ahli Majlis bagi mentadbir penguasa tempatan ini sehinggalah kepada penubuhan Majlis Daerah Lipis pada tahun 1982. Majlis Daerah Lipis ditubuhkan hasil daripada gabungan beberapa buah penguasa tempatan iaitu Majlis Bandaran Kuala Lipis, Majlis Tempatan Benta, Jerkoh dan Penjom serta pekan-pekan kecil seperti Padang Tengku, Bukit Betong, Mela dan Merapoh.

Majlis Daerah Lipis merupakan sebuah organisasi awam yang terlibat dalam aktiviti perkhidmatan. Antaranya perkhidmatan pembandaran dan pelesenan, khidmat pengurusan, pengurusan harta dan lain-lain lagi. Organisasi Majlis Daerah Lipis mempunyai 170 orang staf yang terdiri daripada 40 orang staf bekerja di dalam pejabat Majlis Daerah Lipis dan selebihnya bekerja di luar pejabat bagi mencapai matlamat organisasi Majlis Daerah Lipis. Selain itu, Majlis Daerah Lipis terdiri daripada 6 jabatan dan dibahagikan kepada beberapa bahagian bagi mencapai objektif setiap jabatan yang telah ditetapkan. Seterusnya, saiz keluasan pejabat Majlis Daerah Lipis adalah seluas 3 lot premis perniagaan yang mengandungi 40 staf jabatan pengurusan termasuk pengurus atasan dalam organisasi.
Bilangan penduduk yang terdapat dalam kawasan operasi Majlis Daerah Lipis mengikut Perangkaan pada tahun 1990 berjumlah 27,278 orang. Keluasan kawasan Majlis Daerah Lipis meliputi seluruh daerah Lipis iaitu seluas 5,168 km persegi kecuali kawasan hutan simpan. Kawasan operasinya ialah 159.1 km persegi, manakala keluasan kawasan Majlis Daerah Lipis ialah 1,777.9 km persegi dan kawasan keseluruhan Majlis Daerah Lipis adalah seluas 3,206 km persegi dan selebihnya iaitu 3,206 km persegi ialah kawasan hutan simpan.

Seterusnya, pejabat Majlis Daerah Lipis merupakan lokasi yang strategik, kerana organisasi ni terletak berhampiran dengan Bandar utama Kuala Lipis. Hal ini akan memudahkan penduduk sekitar daerah Kuala Lipis membuat pembayaran cukai dan membuat transaksi untuk membuka perniagaan di Kuala Lipis.  Oleh itu, penduduk perlu berurusan dengan pihak Majlis Daerah Lipis bagi mendapatkan lesen dan premis perniagaan. Selain itu, di lokasi kajian ini terdapat pelbagai kemudahan infrastruktur. Antaranya jalan raya, bas, teksi, kemudahan internet di siber kafe, kedai makan, pasaraya, hotel, rumah sewa dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan ini, akan memudahkan dan menarik minat penduduk untuk berurusan dengan Majlis Daerah Lipis.
Peta 1: Menunjukkan lokasi organisasi Majlis Daerah Lipis
4.0 KAEDAH KAJIAN
4.1 Soal Selidik
            Kaedah soal selidik merupakan kaedah utama dalam mengumpulkan data primer. Penggunaan borang soal selidik adalah untuk mengenalpasti gaya kepimpinan pengurus atasan yang diberikan kepada 20 orang responden yang terdiri daripada staf-staf yang terdapat dalam pejabat Majlis Daerah Lipis. Seterusnya borang soal selidik digunakan untuk mengkaji konsep pengorganisasian yang diguna oleh pihak atasan dalam mengendalikan organisasi Majlis Daerah Lipis yang dijawab oleh pengurus atasan iaitu Setiausaha Majlis Daerah Lipis. Borang soal selidik gaya kepimpinan mempunyai 3 bahagian iaitu bahagian A, B, dan C. Bahagian A ialah bahagian demografi yang terdiri daripada maklumat peribadi responden, manakala bahagian B mengenai jenis kuasa yang terdapat pada pengurus atasan dan bahagian C terdiri daripada gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan Majlis Daerah Lipis. Borang soal selidik ini berbentuk tertutup bagi mendapatkan maklum balas yang tepat dan mudah diproses semasa analisa. Manakala soalan yang berbentuk terbuka pula memberikan kebebasan kepada responden untuk menjawab soalan dengan pelbagai dan sesuai mengikut pandangan mereka.
4.2 Temu Bual
            Kaedah temu bual merupakan satu kaedah dimana berlaku soal jawab pengkaji dengan pengurus atasan iaitu Setiausaha Majlis Daerah Lipis, Mohd Pauzi Bin Haji Abu Hussain. Kaedah ini digunakan untuk mendapatkan keterangan yang berkaitan dengan kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Melalui wawancara ini, pengkaji dapat mengenal pasti isi penting yang perlu ditulis dalam dapatan kajian pengkaji. Soalan yang diajukan juga lebih kepada bentuk penerangan bagi mendapatkan keterangan dengan lebih lanjut tentang pengorganisasian , proses pengorganisasian dan reka bentuk organisasi.



4.3 Rujukan
            Kaedah ini digunakan untuk mencari maklumat berkaitan dengan definisi pengorganisasian dan gaya kepimpinan. Rujukan diperolehi melalui ,buku rujukan STPM penggal 2. Selain itu, pengkaji mengguna rujukan untuk melawati laman-laman blog Pengajian perniagaan dan portal rasmi Majlis Daerah Lipis bagi mendapatkan maklumat tambahan yang terkandung dalam laman-laman dan portal rasmi tersebut.
4.4 Pemerhatian
            Kaedah pemerhatian adalah kaedah yang tidak perlu menggunakan peralatan moden yang juga merupakan alternatif yang terdapat dalam pengurusan data selain soal selidik, temu bual dan rujukan. Kaedah ini digunakan untuk melihat reka bentuk organisasi dan gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan Majlis Daerah Lipis melalui penjelasan pengurus atasan tentang Majlis Daerah Lipis melalui temubual yang dijalankan.











5.0 DAPATAN KAJIAN DAN PERBICANGAN
5.1 Reka Bentuk
Organisasi Majlis Daerah Lipis menggunakan penjabatan jenis fungsian. Hal ini dijelaskan melalui carta organisasi Majlis Daerah Lipis yang diketuai oleh Dato’ Haji Mohammad Noor Bin Abdul Rani, DIMP, SAP, AAP, AMP, AMN, PKC, PJK yang dibantu oleh setiausaha Majlis Daerah Lipis iaitu Mohd Pauzi Bin Abu Hussaini, AMP. Pengorganisasian ini terbahagi kepada 6 jabatan iaitu jabatan khidmat pengurusan, jabatan pembendaharaan, jabatan penilaian dan pengurusan harta, jabatan  kejuteraaan, jabatan perancangan pembangunan landskap dan jabatan perkhidmatan perancangan dan pelesenan.
Di dalam jabatan khidmat pengurusan pula terbahagi kepada 6 bahagian yang terdiri daripada bahagian pentadbiran dan sumber manusia, bahagian teknologi maklumat, bahagian penguatkuasaan, bahagian sewaan dewan peralatan dan majlis, bahagian pelancongan dan zoo Lipis dan bahagian sewaan premis. Setiap bahagian mempunyai tugas dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan oleh pekerja-pekerja bawahan Majlis Daerah Lipis bagi mencapai objektif jabatan iaitu mengurus dan mentadbir Majlis dengan mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan kecekapan dalam kalangan pegawai dan kakitangan dengan mewujudkan sistem pengawasan yang akan menyelaraskan semua dasar-dasar kerajaan di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat supaya aspirasi rakyat tercapai.
Seterusnya , jabatan pembendaharaan pula terbahagi kepada 4 bahagian dan diberi tugasan bagi setiap bahagian iaitu bahagian akaun dan belanjawan berperanan untuk mengawal urusniaga, sistem perakaunan dan mengawal belanjawan tahunan Majlis serta merancang dan menguruskan aliran wang tunai Majlis. Manakala bahagian kewangan am pula berperanan mengurus dan menerima kutipan hasil di kauter Majlis. Bahagian letak kereta pula berperanan untuk mengurus system letak kereta dan bahagian perniagaan rumah rehat berperanan untuk menguruskan perniagaan  rumah rehat.

Jabatan penilaian dan pengurusan harta pula terdiri daripada 4 bahagian iaitu bahagian pungutan cukai berperanan mengeluarkan bil-bil, notis-notis yang berkaitan dengan cukai taksiran. Bahagian pengurusan harta pula berperanan membuat penilaian insuran ke atas bangunan-bangunan Majlis. Manakala bahagian penilaian harta berperanan membuat penilaian ke atas semua harta di dalam kawasan Majlis dan bahagian bangunan dan harta berperanan untuk menganalisis kesempurnaan penyelenggaraan dan pengurusan bangunan dan harta bersama mengikut undang-undang akta 663.
Seterusnya, jabatan kejuteraan pula terbahagi kepada 4 bahagian iaitu bahagian kawalan bangunan yang berperanan memberi ulasan pelan pembangunan. Manakala bahagian pengurusan penyelenggaraan kenderaaan berperanan menguruskan penyelenggaraan dan penggunaan kereta. Bahagian pengurusan projek dan penyelenggaraan pula berperanan membaiki dan menyelenggara bangunan-bangunan dan harta Majlis dan bahagian elektrik dan mekanikal penebangan pokok  menguruskan pemasangan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan dan hiasan.
Jabatan perancangan, pembangunan dan landskap terbahagi 2 bahagian iaitu bahagian perancangan yang berperanan merancang pembangunan dalam kawasan Majlis Daerah Lipis manakala bahagian landskap seni taman dan tapak semaian berperanan merancang dan menyelenggara taman-taman dan landskap dalam kawasan Majlis dan mengurus tapak semaian. Hal ini adalah untuk mencapai objektif jabatan iaitu mendorong hasrat kerajaan dan Majlis Daerah Lipis untuk menjadikan Bandar Lipis sebuah Bandar taman yang bersih dan mudah.
Jabatan perkhidmatan dan pembandaran dan pelesenan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian pelesenan yang berperanan mengawal pelesenan, tred penjaja dan lain-lain perniagaan. Manakala bahagian kesihatan awam, kebersihan dan kawalan vektor berperanan merancang dan menyediakan perkhidmatan perbandaran yang cekap, berkualiti dan memuaskan hati penduduk.
Terdapat banyak kelebihan menggunakan penjabatan jenis fungsian antaranya mudah membuat penyeliaaan. ketua jabatan mudah menyelia pekerja bawahan kerana ketua dan pekerja akan melakukan tugas yang sama. Pengetahuan dan pengalaman kerja yang sama memudahkan penyeliaan dijalankan secara berkesan. Selain itu jga, organisasi dapat menggalakkan penggemblengan kepakaran khusus disamping dapat meningkatkan kecekapan pekerja. Hal ini akan membolehkan kos aktiviti diminimumkan di samping dapat mengekalkan tahap kualiti perhidmatan yang ditawarkan.











Carta 1 : menunjukkan carta organisasi jenis fungsian yang diamalkan oleh organisasi MDL


5.2 PROSES PENGORGANISASIAN
Proses pengorganisasian merupakan proses mengagihkan tugas kepada jabatan-jabatan, terdapat 5 langkah yang perlu diikuti untuk membolehkan fungsi ini dilaksanakan  secara berkesan.
Rajah 1 : Menunjukkan proses pengorganisasian
5.2.1 Penetuan Objektif
            Penentuan objektif merupakan proses awal yang perlu dilakukan oleh pengurus atasan bagi mengenal pasti objektif organisasi setiap jabatan dalam organisasi. Matlamat dan objektif ditetapkan berdasarkan kemampuan dan kebolehan organisasi dan jabatan untuk mencapai objektif tersebut. Selain itu juga, pengurus juga harus mengenal pasti sumber yang perlu ada dan tugas yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif berkenaan. Contohnya Majlis Daerah Lipis menetapkan beberapa objektif yang perlu dicapai dan objektif utama yang harus dicapai ialah mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan pencahayaan dan memastikan pembangunan terkawal dan terancang. Oleh itu organisasi Majlis Daerah Lipis telah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
5.2.2 Pengenalpastian Aktiviti
Pengurus akan mengenal pasti secara khusus aktiviti-aktiviti yang terlibat dalam usaha mencapai objektif yang ditetapkan. Hal ini termasuk menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada aktiviti utama dan sampingan. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis telah mengenal pasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilaksanakan oleh pekerja-pekerjanya. Ia dilakukan dengan menyenaraikan dan membahagikan aktiviti kepada semua jabatan yang terdapat dalam organisasi supaya objekif utama Majlis Daerah Lipis dapat dicapai.

BAHAGIAN
AKIVITI
Pengurusan penyelenggaran kenderaan
Menguruskan penyelenggaraan dan penggunaan kenderaan
Pengurusan penyelenggaraan
Membaiki dan menyelenggara bangunan-bangunan dan harta majlis
Jadual 2 : Menunjukkan pengenalpastian aktiviti dalam organisasi
5.2.3 Pengelasan Aktiviti
Pengelasan aktiviti merujuk kepada kerja menyusun aktiviti mengikut kemahiran dan kecekapan pekerja atau kriteria tertentu. Dalam sesebuah organisasi, pelbagai aktiviti perlu dilakukan untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan dan pelbagai kemahiran perlu miliki pekerja untuk melaksanakan aktiviti tersebut. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis telah mengelaskan beberapa aktiviti kepada setiap jabatan. Misalnya aktiviti utama jabatan perancangan pembangunan dan landskap ialah merancang dan menyelenggara taman-taman dan landskap dalam kawasan majlis.

JABATAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN DAN LANDSKAP BAGI BAHAGIAN PERANCANGAN
·         Merancang  pembangunan dalam kawasan Majlis
·         Menyediakan dan membantu rancangan struktur, Rancangan Tempatan dan Rancangan kawasan khas
·         Menyemak dasar-dasar yang disediakan untuk diperbaiki dan dikemaskini dari masa ke masa
·         Memberi ulasan kawalan pembangunan
·         Melaksanakan dasar-dasar, program dan arahan-arahan berkaitan perancangan Bandar
Jadual 3 : Menunjukkan pengelasan aktiviti dalam organisasi


5.2.4 Pengelompokkan Aktiviti
Pengelompokan aktiviti merujuk kepada proses mengumpulkan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dalam bahagian tertentu. Contohnya , aktiviti yang sepadan dari segi fungsi akan dikelompokkan untuk membentuk satu bahagian kerja formal. Aktiviti jabatan perancangan dan pembangunan landskap boleh dikelompokkan dalam 2 bahagian iaitu bahagian perancangan akan merancang pembangunan dalam kawasan majlis dan menyediakan serta memantau rancangan struktur, rancangan tempatan dan rancangan kawasan khas. Manakala bahagian landskap seni taman dan taman semaian pula akan mengurus tapak semaian dan kebersihan landskap.
Rajah 2 : yang menunjukkan pengelompokkan aktviti dalam organisasi
5.2.5 Pengagihan Tugas, Autoriti Dan Tanggujawab
Peringkat ini merupakan peringkat ynag terakhir dalam proses pengorganisasian, pengurusan atasan akan mengagihkan tugas kepada ketua jabatan dan memberi penerangan tentang sasaran yang perlu dicapai oleh setiap jabatan. Manakala ketua setiap jabatan pula akan mengagihkan tugas kepada pekerja mereka mengikut kemahiran yang dimiliki setiap pekerja. Contohnya ketua jabatan perancangan dan pembangunan landskap akan memberi tugas kepada setiap pekerja berdasarkan kemahiran yang mereka ada kepada beberapa bahagian. Misalnya dalam bahagian landskap dan taman semaian diberi tugas dalam penanaman pokok-pokok bunga, membersihkan kawasan semaian dan lain-lain lagi manakala ketua dalam jabatan kejuteraan pula bertindak memberi tugas kepada pekerja dalam bahagian elektrik dan mekanikal untuk mengurus pemasangan dan penyelenggaran lampu-lampu hiasan di kawasan Bandar Kuala Lipis. seterusnya autoriti dan tanggungjawab diberikan kepada pekerja agar dapat melaksanakan tugasnya dengan cekap dan berkesan dan menentukan hubungan majikan dengan pekerjanya melalui rantaian arahan. Contohnya ketua jabatan dilantik oleh YDP yang bertindak menjadi orang pertengahan antara majikan dengan pekerja-pekerjanya. Hal ini,  bagi memudahkan proses penerimaan dan pemberian maklumat kepada majikan Majlis Daerah Lipis dan pekerja-pekerjanya.
Jabatan
Bahagian
Nama
Jawatan
Tugas
Perancangan pembangunan dan landskap
perancangan
Saiful Ridhuan Bin Abdul Mustaffar
Ketua bahagian J17
Merancang pembangunan dalam kawasan majlis
Landskap seni taman / tapak semaian
Siti Rahayu Binti Abdul Razak
Pekerja rendah awam R1
Mengurus tapak semaian dan membersihkan landskap
Kejuteraan
Elektrik dan mekanikal
Abdul Hamid Bin Hassan
Pekerja rendah awam R1
Mengurus pemasangan dan penyelenggaraan lampu-lampu hiasan
Pembinaan dan penyelenggaraan
Asri Bin Salleh
Pekerja rendah awam R1
Membaiki bangunan-bangunan dan harta majlis
Jadual 4 : Menunjukkan pengagihan autoriti dan tanggujawab
FAIL MEJA
Kebaikan fail meja kepada organisasi ialah sebagai alat  pengurusan yang dijadikan sebagai garis panduan dalam membuat sesuatu keputusan. Selain tu, dapat meningkatkan tahap kecekapan dan produktiviti seseorang pekerja dan organisasi secara keseluruhannya. Seterusnya , dapat menambahkan kefahaman tentang matlamat kerja dan objektif organisasi di samping dapat meningkatkan hubungan antara pekerja dengan pengurus.

5.3 KONSEP PENGORGANISASIAN
Terdapat pelbagai konsep pengorganisasian yang diamalkan oleh organisasi Majlis Daerah Lipis yang dikenal pasti melalui borang soal selidik yang diedarkan. Antaranya ialah:
5.3.1 Autoriti Lini
Autoriti lini merujuk kepada hak yang dimiliki seseorang pengurus bahagian dalam organisasi untuk membuat keputusan. Pengurus bahagian bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti utama organisasi dan membolehkan pengurus bahagian membuat keputusan yang berkaitan dengan pelaksanaan aktiviti utama organisasi. Contohnya organisai Majlis Daerah Lipis iaitu pengurus di jabatan kejuteraan mengarahkan pekerjanya memasang lampu hiasan di kawasan yang sering dilalui dan menjadi tumpuan oleh pelancong luar dan penduduk di kawasan daerah Lipis,
5.3.2 Autoriti Staf
Autoriti staf merujuk kepada hak untuk memberi nasihat kepada fungsi lini dalam organisasi berdasarkan pengkhususan dan kepakaran yang dimiliki setiap fungsi. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis iaitu  unit OSC mempunyai autoriti staf. Tugas utamanya ialah menyelaras permohonan pelan-pelan kemajuan dan memberi nasihat kepada YDP sebelum pelan-pelan kemajuan diluluskan. Selain itu unit undang-undang juga mempunyai autoriti staf yang mana tugas utamanya ialah mengubal dan meminda undang-undang kecil, peraturan, perintah dan kaedah dan memberi nasihat kepada setiausaha sebelum mengarah kepada setiap jabatan melaksanakan undang-undang kecil seperti pengutipan cukai.
Text Box: PETUNJUK
Fungsi lini
Fungsi staf
Carta 2 : Menunjukkan autoriti lini dan staf yang diamalkan dalam organisasi
5.3.3 Tanggungjawab
Tanggungjawab merupakan tugas yang diagihkan kepada seseorang individu dan tugas itu wajib dilaksanakan dengan sebaik mungkin oleh individu yang berkenaan. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis iaitu jabatan perancangan pembangunan landskap dalam bahagian lanskap seni taman dan landskap diberi tanggungjawab untuk menyiapkan seni taman dalam masa sebulan sebelum berpindah ke seni taman yang lain.
Nama
Jawatan
Tanggungjawab
Zabariah Binti Razali
Pembantu Tadbir N22
Memantau dan mengarahkan pekerja-pekerja dalam melakukan tugas
Mohd Fuad Bin Othman
Pekerja Rendah Awam R1
Menyiram pokok-pokok bunga
Ramayee A/P Varuthan
Pekerja Rendah Awam R1
Membaja, dan mengembur pokok-pokok bunga
Mah Kalsom Binti Ismail
Pekerja rendah awam R1
Membersih rumpu-rumput yang terdapat di sekeliling pokok-pokok bunga
Jadual 5 : Menunjukkan agihan tanggungjawab staf Majlis Daerah Lipis


5.3.4 Pemencaran Autoriti
Pemencaran autoriti merupakan hak membuat keputusan diagihkan kepada individu yang berada dalam lingkungan struktur organisasi tetapi autoriti tertinggi masih dipegang oleh pengurus atasan. Contohnya dalam organisasi Majlis Daerah Lipis iaitu ketua jabatan, memberi kuasa kepada ketua setiap bahagian yang juga dikendali sebagai mandur untuk memantau pekerja-pekerja yang lain supaya melakukan tugas yang telah ditetapkan, di samping dapat mengelakkan pekerja-pekerja bawahan memonteng semasa berkerja.
Text Box: Petunjuk
Pemencaran autoriti berlaku
Carta 3 : Menunjukkan pemencaran autoriti yang diamalkan dalam organisasi


5.3.5 Penugasan Autoriti
Penugasan autoriti merupakan pengagihan tanggungjawab daripada seorang ketua kepada pekerja. Setiap pengurus harus melaksanakan penugasan autoriti untuk mengelakkan mana-mana individu dalam organisasi memikul tanggungjawab yang terlalu berat. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis iaitu ketua setiap jabatan melakukan penugasan autoriti kepada pekerja bawahannya dengan memilih pekerja yang berkebolehan  untuk memegang autoriti. Ketua bahagian perancangan memberi penjelasan yang terperinci mengenai tugas yang perlu dilakukan oleh pekerja bawahannya dan memaklumkan harapan dan jangkaannya daripada pelaksanaan tanggujawab tersebut
Nama ketua bahagian
Nama orang yang diberi autoriti
Zuriadah Binti Abdul Razak
Roziah Bin Mohd Razali
Ahmad Shah Rzal Bin Mohamed
Saifudhuan Bin Ahmad Mustaffar
Shaharini Binti Omar
Zalmiah Bin Abdul Rahim
Kamaruliza Bin Mohd Kamal
Rashidah Binti baharom
Jadual 6 : Menunjukkan penugasan autoriti yang diamalkan dalam organisasi
5.3.6 Rantaian Arahan
Rantaian arahan merupakan hubungan langsung antara ketua dengan pekerja.rantaian arahan ditunjukkan melalui aliran autoriti dan tanggungjawab dalam satu bentuk garisan bersambung daripada pengurusan atasan kepada pihak pengurusan bahagian. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis iaitu setiausaha boleh menerima arahan daripada YDP, sementara ketua setiap jabatan pula boleh menerima arahan daripada setiausaha. Manakala ketua setiap bahagian boleh menerima arahan daripada ketua jabatan dan pekerja-pekerja bawahan boleh menerima arahan daripada ketua bahagian berdasarkan satu arahan dan prinsip skala.
                      
Rajah 3 : Menunjukkan rantaian arahan yang diamalkan dalam organisasi
5.3.7 Jangkauan Kawalan
Jangkaun kawalan merujuk kepada bilangan staf atau pekerja bawahan yang berada dibawah kawalan seorang ketua. Terdapat 3 jenis kawalan iaitu kawalan luas merupakan bilangan pekerja yang banyak diletakkan di bawah kawalan seorang ketua. Manakala  kawalan sempit yang merupakan bilangan pekerja yang sedikit diletakkan di bawah kawalan seorang ketua sahaja dan jangkauan kawalan sederhana pula merupakan bilangan pekerja yang diletakkan dibawah adalah sederhana iaitu tidak terlalu banyak atau telalu sedikit. Organisasi Majlis Daerah Lipis menggunakan jangkaun kawalan sederhana berdasarkan pemerhatian yang dilakukan ke atas carta organisasi.








Carta 4 : Menunjukkan jangkaun kawalan sederhana yang diamalkan dalam organisasi


5.4 JENIS KUASA
Kuasa merupakan satu kebolehan dan keupayaan yang ada pada seseorang pemimpin untuk mempengaruhi pengikut melaksanakan suatu tindakan supaya matlamat pemimpin tersebut dapat dicapai. Menurut pandangan Davis, kuasa diperolehi oleh pemimpin atas dasar personaliti, aktiviti dan juga keadaan di mana ianya beroperasi. Terdapat lima jenis kuasa iaitu kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa rujukan, kuasa kepakaran dan kuasa desakan.
Bidang / Unit
Nama
Tanggujawab
Kuasa sah
YDP Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani DMP, SAP, AMP, AMN, PKC, PJK
Merancang dan mentadbir pembandaran dan kemudahan-kemudahan perbandaran Daerah Lipis
Kuasa ganjaran
YDP Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani DMP, SAP, AMP, AMN, PKC, PJK
Memberi ganjaran kepada pekerja-pekerjanya yang menunjukkan prestasi kerja yang baik berdasarkan markah yang telah diambil bagi setiap pekeja
Kuasa desakan
YDP Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani DMP, SAP, AMP, AMN, PKC, PJK
Memberi amaran kepada pekerja yang melanggar peraturan semasa bekerja
Kuasa rujukan
Ketua-ketua  jabatan
Memberi tunjuk ajar kepada pekerja-pekerja bawahan
Kuasa kepakaran
Setiausaha Mohd Pauzi Bin Haji Abu Hussain, AMP
Mempengaruhi tindak tanduk pejalanan organisasi agar misi, visi dan objektif organisasi tercapai
Jadual 7 : Menunjukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh staf yang terdapat dalam oragnisasi.



5.4.1 Kuasa sah.
Kuasa sah ialah satu punca kuasa yang diperoleh pemimpin melalui sumber jawatan yang dimiliki dan diiktirafkan oleh organisasi. Seseorang akan dilantik melalui syarat dan prosedur tertentu yang telah ditetapkan oleh organisasi. Kuasa pemimpin yang dilantik itu tertakluk kepada hierarki struktur penjawatan di dalam organisasi yang bersandarkan pada aktiviti, polisi, program dan peraturan .pemimpin yang memiliki kuasa sah mempunyai kuasa memberi arahan dan mempengaruhi tindakan para pekerja. Contohnya kuasa sah yang dimiliki dalam organisasi Majlis Daerah Lipis berdasarkan borang soal selidik yang diedarkan kepada staf, majoriti mengatakan bahawa kuasa sah dimiliki oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Lipis iaitu Dato Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani yang bertindak memberi arahan yang jelas kepada pekerja-pekerja yang mengetuai setiap jabatan untuk melaksanakan sebarang aktiviti berdasarkan objektif yang ingin dicapai dalam Majlis Daerah Lipis.
5.4.2 Kuasa ganjaran
Kuasa ganjaran merupakan keupayaan seseorang pemimpin memberi ganjaran kepada para pekerja jika berjaya mencapai matlamat seseorang pemimpin. Ganjaran yang diberikan oleh pemimpin kepada para pekerja terdapat dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan. Antaranya kenaikan gaji, kenaikan pangkat, anugerah cemerlang perkhidmatan sebagainya. Contohnya, kuasa ganjaran yang dimiliki oleh Majlis Daerah Lipis  berdasarkan borang soal selidik, majoriti mengatakan bahawa kuasa tersebut dimiliki oleh Yang Dipertua Dato Haji Mohamad Noor Bin Abdul Rani yang bertindak memberi ganjaran berdasarkan prestasi kerja yang ditunjukkan oleh pekerjanya. Ganjaran diberikan dalam secara tahunan dan bulanan berdasarkan prestasi kerja yang dinilai mengikut prosedur organisasi yang ditetapkan. Ganjaran tahunan dilakukan pada akhir tahun dan diberikan dalam bentuk wang tunai RM 1 000 berserta plat. Selain itu, terdapat juga ganjaran yang berbentuk pakej pencutian ke luar negara mengikut bajet yang telah ditetapkan. Manakala bulanan pula dilakukan pada setiap akhir bulan dan diberikan dalam bentuk ganjaran yang tertentu.

5.4.3 Kuasa desakan
Kuasa desakan memberi keupayaan kepada pemimpin untuk memaksa pekerja agar mematuhi keputusan dan tindakan pemimpin bagi mengelakkan sebarang hukuman dikenakan ke atas mereka sekiranya para pekerja gagal mematuhi arahan yang diberikan kepada mereka. Pelbagai tindakan hukuman yang boleh dilaksanakan oleh pemimpin antaranya disekat kenaikan gaji, diberhentikan perkhidmatan pekerja, tidak dinaikkan pangkat dan sebagainya. Contohnya kuasa desakan yang dimiliki oleh Majlis Daerah Lipis ialah Yang Dipertua Dato haji Mohamad bin Abdul Rani. YDP akan memberi arahan kepada pekerja yang datang lewat 3 kali berturut-turut berdasarkan rekod kehadiran pekerja. YDP juga akan melakukan desakan kepada pekerja yang sering melanggar peraturan semasa kerja dengan memberhentikan pekerja tersebut.
5.4.4 Kuasa rujukan
Kuasa rujukan bermaksud pemimpin menjadi tempat rujukan untuk mempengaruhi pekerja melakukan sesuatu perkara dan mendengar masalah pekerja serta memberikan dorongan kepada pekerja. Contohnya kuasa rujukan yang diberi oleh Majlis Daerah Lipis ialah ketua jabatan. Setiap ketua jabatan akan memainkan peranan sebagai rujukan pekerja-pekerja bawahannya jika mereka mengalami kemuskilan dalam melakukan aktiviti dalam yang telah ditetapkan dalam jabatan.
5.4.5 Kuasa kepakaran
Kuasa kepakaran digunakan apabila pemimpin mempunyai kepakaran, ilmu, dan kemahiran yang tidak dimiliki oleh staf lain. Contonya kuasa kepakaran dalam organisasi Majlis Daerah Lipis ialah Setiausaha iaitu Mohd Pauzi Bin Haji Abu Hussain boleh menggunakan kemahiran dan kepakaran serta pengalaman yang ada untuk mempengaruhi tindak tanduk perjalanan sesebuah organisasi. Hal ini kerana beliau telah bekerja dalam organisasi selama 23 tahun.


5.5 JENIS KEPIMPINAN
Terdapat 4 jenis kepimpinan iaitu kepimpinan karismatik yang merupakan kebolehan yang ada pada diri seseorang pemimpin dalam mempengaruhi pengikut untuk mencapai sesuatu matlamat organisasi. Seterusnya jenis kepimpinan transactional menekankan pada pemberian arahan daripada pemimpin kepada pekerja untuk mencapai matlamat sesuatu pemimpin. Seterusnya kepimpinan transformational merujuk kepada satu proses seseorang pemimpin mempengaruhi para pekerjanya melakukukan perubahan dalam sesebuah organisasi. Jenis kepimpinan yang terakhir ialah kepimpinan berwawasan.
 Melalui pemerhatian yang dilakukan semasa sesi temubual bersama pengurus atasan, pengkaji dapat memberikan kesimpulan bahawa jenis kepimpinan yang digunakan dalam organisasi Majlis Daerah Lipis ialah jenis kepimpinan berwawasan. Menurut Robbins, pemimpin berwawasan harus mempunyai kemahiran mengenalpasti wawasan, menerangkan wawasan kepada orang lain, menyampaikan wawasan melalui pertuturan dan perilaku serta menyalurkan wawasan kepada bentuk yang berlainan. Dengan erti kata yang lain, kepimpinan berawasan ialah seseorang pemimpin berupaya membayangkan masa hadapan dalam pencapaian dan penetapan setiap matlamat. Contohnya, semasa sesi temu bual yang dijalankan setiausaha Majlis Daerah Lipis membayangkan masa hadapan bahawa organisasinya ingin menjadikan Bandar Lipis yang maju melalui aktiviti  pembangunan Bandar menjelang tahun 2020 di samping dijadikan tempat pelancongan, kerana adanya bangunan-bangunan bersejarah yang ditinggalkan dan ditubuhkan oleh penjajah pada masa itu. Pembangunan Daerah Lipis akan dijalankan dari semasa ke semasa. Hal ini kerana misi bagi organisasi Majlis Daerah Lipis ialah mewujudkan Bandar dan persekitaran yang bersih, indah dan bercahaya serta pembangunan yang terancang disamping mengekalkan warisan sejarah. Manakala visi bagi organisasi ini ialah mewujudkan sebuah bandar taman bersejarah yang maju, bersih, indah dan bercahaya dan pusat pelancongan yang menarik.


5.6 GAYA KEPIMPINAN
Menurut Luthan, kepimpinan ialah kemampuan seseorang untuk mempengaruhi individu lain supaya melakukan sesuatu yang diinginkan oleh individu tersebut. Luthan turut menyatakan pemimpin ialah individu yang mampu mempengaruhi individu lain untuk melakukan apa yang dikehendaki individu tersebut. Dengan erti kata lain, kepimpinan ialah satu proses yang dilakukan oleh seseorang pengurus untuk mempengaruhi aktiviti individu dalam usaha mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
Dalam mencapai matlamat sesebuah organisasi, pemimpin perlu proaktif melalui aspek keberkesanan gaya kepimpinannya terhadap pekerja. Seseorang pemimpin tidak semestinya, hanya seorang pengarah ataupun seseorang yang memegang jawatan tertinggi dalam organisasi. Tetapi mereka yang mampu mempengaruhi organisasi ke arah pencapaian matlamat yang juga boleh diklafikasikan sebagai pemimpin berasaskan kemampuan memimpin mengunakan kebijaksanaan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya.
Menurut Fiedler gaya kepimpinan ialah malamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza. Perbezaan ini penting kerana tingkah laku seseorang berubah daripada sesuatu situasi yang lain. Menurut Blake dan Mouton gaya kepimpinan mempunyai 4 jenis gaya yang terdiri daripada gaya kepimpinan Autokratik, gaya kepimpinan Demokratik, gaya kepimpinan Lassaiz-Faire dan gaya kepimpinan Kontingensi.
Gaya kepimpinan autoratik merupakan pemimpin yang membuat keputusan dan bertindak atas keputusan yang dibuat secara keseorangan, manakala pekerja bawahan tidak terlibat secara langsung dalam proses membuat keputusan kerana pandangan mereka tidak diambil kira. Pemimpin Cuma memaklumkan kepada pekerja tentang keputusan yang telah dibuat dan pekerja hanya perlu melaksanakan keputusan yang telah diambil. Seterusnya, gaya kepimpinan demokratik merapakan seorang pemimpin akan melibatkan staf bawahan dalam proses membuat keputusan. Pekerja digalakkan untuk berkongsi pendapat dan pandangan mereka masing-masing.manakala, gaya kepimpinan Lassaiz-Faire diamalkan oleh organisasi apabila ketua tidak campur tangan dalam urusan pekerja dan membenarkan staf bawahan untuk membuat keputusan sendiri. Seterusnya, gaya kepimpinan kontigensi merujuk kepada gaya kepimpinan yang disesuaikan mengikut keadaan atau situasi dengan melihat kepada elemen-elemen persekitaran. Tidak ketinggalan juga, organisasi Majlis Daerah Lipis juga mengamalkan gaya kepimpinan bagi mencapai objektif utama yang telah ditetapkan dalam organisasi. Oleh itu, pengkaji telah mengedar satu set borang soal selidik yang mengandungi jenis kuasa dan beberapa soalan mengenai gaya kepimpinan. Borang selidik tersebut diberikan kepada pekerja-pekerja Majlis Daerah bagi menilai jenis gaya kepimpinan yang diamalkan dalam organisasi Majlis Daerah Lipis. borang soal selidik.

Bil
Perkara
Ya
Tidak
AUTOKRATIK
1
Ketua saya selalu suka mengarah


2
Segala keputusan ketua saya dibuat tanpa berbincang


3
Ketua sukar untuk menerima pendapat pekerja


DEMOKRATIK
4
Setiap ahli tanpa mengira pangkat diberikan kebebasan bersuara dan bersama membuat keputusan


5
Ketua menunjukkan sifat keakraban antara majikan dan pekerja


6
Berlaku perubahan positif dalam syarikat


LESSAIZ-FAIRE
7
Pekerja diberikan hak sepenuhnya untuk membuat keputusan


8
Saya menyukai cara ini


9
Kami memberi perubahan besar dalam syarikat


KONTINGENSI
10
Pemimpin membuat keputusan mengikut situasi


12
Keputusan yang dibuat sentiasa memenuhi/dapat menyelesaikan masalah


13
Berlaku perubahan yang positif


Jadual 8: menunjukkan soalan soal selidik yang diberikan kepada pekerja
Rajah 4 : Gaya Kepimpinan Majlis Daerah Lipis
Daripada analisis yang telah dilakukan, Rajah 1 jelas menunjukkan bahawa gaya kepimpinan demokratik mendapat maklum balas yang tertinggi daripada pekerja-pekerjanya iaitu sebanyak 60% iaitu seramai 12 orang responden bersetuju. Manakala gaya kepimpinan Kontingensi mencatat maklum balas sebanyak 30% iaitu seramai 6 orang responden bersetuju dan gaya kepimpinan autokratik dan Lassaiz Faire, masing-masing mencatat maklum balas daripada responden sebanyak 5% iaitu satu orang bersetuju.
Kebaikan mengamalkan gaya kepimpinan demokratik dalam pengurusan organisasi ialah pengurus atasan dan pekerja dapat bekerjasama untuk membuat satu keputusan yang terbaik. Hal ini akan mengurangkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan pekerja di samping dapat meningkatkan kreativiti dan prosuktiviti pekerja. Contohnya organisasi Majlis Daerah Lipis, mengamalkan pengurusan 5 ‘S’ yang mempunyai 5 patah perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso Seiketsu, dan Shitsuke yang membawa maksud sisih, susun, sapu, seragam, dan sentiasa amal. Konsep 5 ‘S’ adalah untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti mengutamakan kebersihan, keselamatan, kecekapan, keceriaan dan kepuasan pelanggan. Melalui program persekitaran berkualiti, pengurus atasan memberi kebebasan kepada setiap pekerja menyumbangkan idea melalui teknik sumbang saran yang diadakan dalam mesyuarat bulanan dan kreativiti ke arah penambahbaikan berterusan terhadap tempat kerja masing-masing. Hal ini akan mewujudkan kerjasama antara pekerja dengan pengurus atasan dalam mebuat keputusan yang terbaik dalam organisasi agar objektif utama Majlis Daerah Lipis iatu mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan pencahayaan disamping memastikan pemabangunan terkawal dan terancang dapat dicapai oleh organisasi.



















6.0 KESIMPULAN
Pengorganisasian telah memberi banyak kebaikan kepada organisasi Majlis Daerah Lipis. Antaranya ialah organisasi dapat mengagihkan sumber-sumber dengan cekap mengikut keperluan setiap jabatan, membolehkan organisasi membuat penyelarasan antara bahagian dalam setiap jabatan memandangkan setiap jabatan mempunyai objektif yang berlainan antara jabatan yang lain. Seterusnya, organisasi dapat menetapkan bidang tugas setip pekerja Majlis Daerah Lipis dengan jelas dan terperinci. Selain itu, organisasi juga dapat mewujudkan rantaian arahan daripada pengurus atasan dengan bawahan dan dapat menghuraikan kedudukan setiap pekerja dalam organisasi dengan jelas, supaya tidak berlaku pertindahan tugas antara pekerja-pekerja yang lain.
Daripada kajian yang dilakukan terhadap sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan Majlis Daerah Lipis didapati bahawa organisasi Majlis Daerah Lipis menggunakan carta organisasi jenis fungsian. Hal ini dibuktikan wujudnya jangkaun kawalan sederhana yang digunakan oleh organisasi ini. Manakala proses pengorganisasian dilakukan bagi mencapai objektif utamanya iaitu mempertingkatkan kebersihan, keindahan dan pencahayaan disamping memastikan pembangunan terkawal dan terancang.
Manakala konsep pengorganisasian pula, sebanyak 7 konsep yang digunakan oleh organisasi Majlis Daerah Lipis. Antaranya ialah autoriti lini, autoriti staf, rantaian arahan, jangkaun kawalan sempit, tanggungjawab, pemencaran autoriti dan penugasan autoriti. Seterusnya, gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan organisasi Majlis Daerah Lipis ialah gaya kepimpinan demokratik. Hal ini disokong majoriti oleh pekerja-pekerjanya melalui borang soal selidik yang diedarkan kepada pekerjanya. Seterusnya, jenis kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan organisasi ialah jenis kepimpinan berwawasan. Hal ini dibuktikan melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji semasa sesi temu bual yang dilakukan.
Dalam melakukan kajian ini, terdapat beberapa cadangan bagi meningkatkan kecemerlangan organisasi yang dikaji. Antaranya ialah meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan agar pelanggan dapat menerima maklumat dengan betul dan tepat. Selain tu, pekerja-pekerja Majlis Daerah Lipis hendaklah meningkatkan penggunaan ICT dengan lebih berkesan bagi meningkatkan produktiviti di samping mempercepatkan urusan dengan pelanggan. Seterusnya , memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai dari segi kemudahan infrastruktur, perkhidmatan melalui aktiviti kemasyarakatan serta kebudayaan bagi meningkatkan hubungan organisasi dengan penduduk Daerah Lipis di samping memberi keselesaan kepada penduduk.
Bagi memudahkan kajian pada masa akan datang. Terdapat beberapa cadangan perlu diberikan perhatian. Antaranya masa kajian hendaklah dipanjangkan agar pengkaji dapat mempunyai masa yang mencukupi untuk menguasai operasi sesebuah organisasi dengan lebih teliti. Selain itu dengan adanya kumpulan untuk melakukan kajian membolehkan pengkaji berkongsi kereta untuk pergi ke lokasi kajian bagi menjimatkan kos pengangkutan.
Kesimpulannya, reka bentuk yang diamalkan oleh organisasi Majlis Daerah Lipis adalah reka bentuk jenis fungsian yang dilihat melalui carta organisasi Majlis Daerah Lipis, manakala gaya kepimpinan yang diamalkan oleh pengurus atasan Majlis Daerah Lipis adalah gaya kepimpinan demokratik yang memberi peluang kepada mana-mana pekerja menyumbangkan idea yang pelbagai melalui mesyuarat yang dijalankan tanpa mengira kedudukan dan pangkat dalam organisasi.








7.0 RUJUKAN
Internet
1.      www.mdlipis.gov.my
Temu Bual
Wawancara antara pengakaji dengan pengurus atasan Majlis Daerah Lipis iaitu Tuan Mohd Pauzi Bin Abu Hussain, AMP, 49 tahun, selaku setiausaha dalam organisasi Majlis Daerah Lipis yang diadakan pada 27 jun 2013 pada jam 3 petang di perkarangan pejabat Majlis Daerah Lipis.
Buku
  1. Mokhtar Pet dan Rafidah Manap 2012. Pengajian perniagaan teks STPM penggal 2. Muka surat 50 - 85. Terbitan pertama. Selangor Darul Ehsan. Oxford Fajar Sdn.Bhd.
  2. Aini Hayati Mohamed, Pengajian perniagaan teks STPM penggal 2. Muka surat 33 – 52. Terbitan Pearson Malaysia Sdn Bhd.
Majalah
1.      Mustafa Dakian. Formula Terbaik Memajukan Industri Peruncitan dalam Dewan Ekonomi, hlm 21, Disember 2010, Dewan Bahasa dan Pustaka. 
Kamus
  1. Kamus Besar, Bahasa Melayu Utusan : susunan Haji Zainal Abidin Safarwan. Cetakan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd
8.0    LAMPIRAN
Soalan Temu Bual
1.      Perkhidmatan apakah yang dijalankan oleh Majlis Daerah Lipis ?
2.      Berapakah bilangan staf yang bekerja dalam Majlis Daerah Lipis ?
3.      Bagaimanakah cara pengambilan pekerja dilakukan ?
4.      Apakah syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh seseorang yang ingin bekerja di Majlis Daerah Lipis ?
5.      Berapa kalikah pengambilan pekerja dalam setahun ?
6.      Pada pendapat tuan, apakah kepentingan pengorganisasian kepada organisasi Majlis Daerah Lipis ?
7.      Adakah agihan tugas / tanggungjawab dilakukan dalam organisasi Majlis Daerah Lipis ?
8.      Apakah objekif utama Majlis Daerah Lipis ?
9.      Apakah aktiviti-aktiviti yang perlu dikenalpasti bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan ?
10.  Bagaimanakah pengelasan aktiviti-aktiviti dilakukan ?
11.  Bagaimanakah pengabungan aktiviti dan tugas dilaukan ?
12.  Bagaimanakah tugas diagihkan ? adakah berdasarkan kebolehan dan kepakaran yang terdapat dalam diri pekerja ?
13.  Bagaimanakah cara pemberian autoriti dan tanggujawab dilakukan ?
14.  Adakah organisasi Majlis Daerah Lipis mendapat pengiktirafan kualiti ?











Borang Soal Selidik

SMK CLIFFORD, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG.
TAJUK KAJIAN: PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAJLIS
                              DAERAH LIPIS.

Kepada responden yang dihormati,
Soal selidik ini direka bentuk khusus untuk mengkaji sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan di Majlis Daerah Lipis. Maklumat yang diberikan akan dapat membantu kami memahami dengan lebih baik berkaitan sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan di Majlis Daerah Lipis. Sila jawab semua soalan yang dikemukakan secara terang dan jujur.
Respon yang anda berikan akan disimpan kerahsiaannya dan hanya bertujuan untuk kajian ilmiah semata-mata.

Bahagian A: Demografi
Arahan: Sila tandakan (√) dan nyatakan jawapan anda di ruangan yang disediakan.

Umur: _____ tahun
 Jantina:    Lelaki                       Perempuan
Bangsa:    Melayu                    Cina                    India    Lain-lain
Taraf pendidikan:   SPM                     STPM                    Diploma                 Ijazah
                                       Lain-lain          Sila nyatakan: _____________________________
Jawatan: _____________________________________________
Tempoh berkhidmat (sehingga sekarang): __________________________
Bahagian B
Arahan: Sila nyatakan jawapan berdasarkan pengalaman kerja anda. (Sila sertakan nama dan jawatan bagi jawapan anda).

1. Siapakah yang menjawat jawatan yang tertinggi dalam organisasi MDL?
________________________________________________________________________

2. Siapakah yang berkuasa memberi bonus atau ganjaran kepada pekerja yang menunjukkan peningkatan prestasi?
________________________________________________________________________

3. Siapakah yang paling berpengaruh di MDL?
________________________________________________________________________
4. Siapakah yang sering menjadi tempat rujukan kepada pekerja-pekerja bawahan?
________________________________________________________________________
5. Siapakah yang sering mendengar masalah pekerja dan mendorong pekerja untuk meningkatkan prestasi kerja mereka?
________________________________________________________________________

6. Siapakah yang mempunyai kepakaran, ilmu dan kemahiran yang tidak dimiliki oleh staf lain?
________________________________________________________________________






















Borang soal selidik tentang konsep-konsep pengorganisasian
BORANG SOAL SELIDIK

SMK CLIFFORD, 27200 KUALA LIPIS, PAHANG.
TAJUK KAJIAN: PENGORGANISASIAN DAN GAYA KEPIMPINAN MAJLIS
                              DAERAH LIPIS.

Kepada Tuan yang dihormati,
Soal selidik ini direka bentuk khusus untuk mengkaji konsep yang digunakan oleh pihak Tuan di Majlis Daerah Lipis. Maklumat yang diberikan akan dapat membantu kami memahami dengan lebih baik berkaitan sistem pengorganisasian dan gaya kepimpinan di Majlis Daerah Lipis. Kami berharap Tuan dapat menjawab semua soalan yang dikemukakan secara terang dan jujur.
Respon yang Tuan berikan akan disimpan kerahsiaannya dan hanya bertujuan untuk kajian ilmiah semata-mata.

BAHAGIAN A: Demografi
Arahan: Sila tandakan (√) dan nyatakan jawapan di ruangan yang disediakan.

Umur: _____ tahun
 Jantina:    Lelaki                       Perempuan
Bangsa:    Melayu                    Cina                    India    Lain-lain
Taraf pendidikan:   SPM                     STPM                    Diploma                  Ijazah
                                       Lain-lain             Sila nyatakan: _____________________________
Jawatan: _____________________________________________
Tempoh berkhidmat (sehingga sekarang): __________________________

BAHAGIAN B
1. Adakah Tuan memberi kuasa kepada seseorang pekerja dalam organisasi Majlis Daerah Lipis untuk membuat sebarang keputusan dalam organisasi?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
2. Adakah pengurus setiap bahagian bertanggungjawab untuk melaksanakan aktiviti utama dalam organisasi? Contohnya, memberi kuasa untuk menasihat kepada pekerja bawahan berdasarkan kepakaran dan pengkhususan yang dimiliki oleh pekerja tersebut.
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
3. Adakah tanggungjawab diberikan kepada setiap pekerja berdasarkan tugasnya agar dapat menyiapkan kerjanya dengan jangka masa yang telah ditetapkan?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
4. Adakah Tuan memberikan tanggungjawab kepada mana-mana staf dalam sesuatu perkara dan seterusnya menanggung risiko sekiranya gagal?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
5. Adakah Tuan memberikan ganjaran kepada staf Tuan jika mereka dapat melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan efisien?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
6. Adakah hak membuat keputusan ditumpukan kepada seorang individu sahaja dalam organisasi?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
7. Adakah hak membuat keputusan diagihkan kepada individu yang berada dalam setiap jabatan?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
8. Adakah pengagihan tanggungjawab daripada seorang ketua kepada pekerja bawahan dilaksanakan bagi mengelakkan seseorang pekerja melakukan kerja yang terlalu berat?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
9. Adakah Tuan membuat penyerahan kuasa kepada pekerja dalam membuat keputusan?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________


10. Adakah tugas dan aktiviti penting perlu dilaksanakan secara langsung untuk mencapai matlamat organisasi?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
11. Adakah pembuatan keputusan disokong melalui aktiviti penting? Contohnya, melalui nasihat dan cadangan.
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________
12. Adakah arahan berhubung secara langsung antara ketua dengan pekerja?
Ya                           Tidak 
___________________________________________________________________________



Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak Tuan kerana sudi meluangkan masa untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik ini. Jasa baik Tuan amat kami hargai. Terima kasih.

1 comment:

  1. KISAH CERITA AYAH SAYA SEMBUH BERKAT BANTUAN ABAH HJ MALIK IBRAHIM

    Assalamualaikum saya atas nama Rany anak dari bapak Bambang saya ingin berbagi cerita masalah penyakit yang di derita ayah saya, ayah saya sudah 5 tahun menderita penyakit aneh yang tidak masuk akal, bahkan ayah saya tidak aktif kerja selama 5 tahun gara gara penyakit yang di deritanya, singkat cerita suatu hari waktu itu saya bermain di rmh temen saya dan kebetulan saya ada waktu itu di saat proses pengobatan ibu temen saya lewat HP , percaya nda percaya subahana lah di hari itu juga mama temen saya langsung berjalan yang dulu'nya cuma duduk di kursi rodah selama 3 tahun,singkat cerita semua orang yang waktu itu menyaksikan pengobatan bapak kyai hj Malik lewat ponsel, betul betul kaget karena mama temen saya langsung berjalan setelah di sampaikan kepada hj Malik untuk berjalan,subahanallah, dan saya juga memberanikan diri meminta no hp bapak kyai hj malik, dan sesampainya saya di rmh saya juga memberanikan diri untuk menghubungi kyai hj Malik dan menyampaikan penyakit yang di derita ayah saya, dan setelah saya melakukan apa yang di perintahkan sama BPK kyai hj Malik, 1 jam kemudian Alhamdulillah bapak saya juga langsung sembuh dari penyakitnya lewat doa bapak kyai hj Malik kepada Allah subahanallah wataala ,Alhamdulillah berkat bantuan bpk ustad kyai hj Malik sekarang ayah saya sudah sembuh dari penyakit yang di deritanya selama 5 tahun, bagi saudara/i yang mau di bantu penyembuhan masalah penyakit gaib non gaib anda bisa konsultasi langsung kepada bapak kyai hj Malik no hp WA beliau 0823-5240-6469 semoga lewat bantuan beliau anda bisa terbebas dari penyakit anda. Terima kasih

    ReplyDelete